HALAMAN

Saturday, March 10, 2012

alhamdulillah...saya menang..

Assalamualaikum semua...alhamdulillah syukur kpd Ilahi kerana hasil karya mama yang tak seberapa dipilih sbg pemenang saguhatike-2oleh blogger eqbalzack dalam writing contest yang dianjurkan beliau.Sebanyak 22 penyertaan kali ini..anda boleh lihat di blog eqbalzack. Hadiahnya berupa cash RM 10 dan cenderahati drp eqbalzack..tq yer mr eqbalzack..
Di sini mama ingin kongsikan bersama hasil idea mama tunz yg biasa2 je ni ye...(malu2 kucing nih..)
**********************************************************************************

WRITING CONTEST [5]-FEBRUARY 2012
Open to all followers/readers!
Just submit a short essay, your perspectives and thoughts on a wide range based on the title/photo given.
Judging criteria are based on inventiveness, creativity and where appropriate, humor!

WHAT DO THESE PHOTO MEAN TO YOU? 



berkasih denganmu
membuatku bahagia
tatkala kita harungi
pancaroba kehidupan ini
tiada siapakan mengerti

kita renung jauh
membina harapan
yang kekosongan
di jiwa yang kudus
di lautan yang tiada pesisiran.

kita cipta seribu impian
mengidam kejayaan tanpa keluh
di ranjau hentian ini
kita masih setia.

acapkali gelora melanda
badai berombak pilu
gejolak perasaan yang makin celaru
ku berserah hanya padaMU.

aku bina harapan
yang kekeringan dan kekosongan
di jiwa yang tandus dan kudus
aku melayari sejuta impian
di lautan yang tiada penghujung.

aku cipta beribu angan
dan melarik mimpi indah
namun kekosongan
di sudut setenang ini
sebenarnya tersembunyi
perasaan yang makin celaru.

bersalut senyuman dan impian
yang ku larik
ku gagahi langkah
demi sebuah perjuangan
melewati hari-hari
yang ku tinggalkan sepi
di penghujung usia ini..
p/s terima kasih sekali lagi kpd eqbalzack kerana sentiasa menghargai teman2 bloggernya..



2 comments:

Anonymous said...

tahniah ! ekkkee...

whitecappuccino said...

tahniah atas kemenangan!