HALAMAN

Friday, April 13, 2012

Ciri-Ciri Bulu Babi Dalam Kegunaan Harian Kita

Assalamualaikum semua.....mari kita kongsikan maklumat ini...

Umum sedia maklum babi merupakan antara binatang yang diharamkan bagi umat islam. Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu babi. Hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Bulu BABI ni dipanggil juga dalam bahasa inggeris ‘hog bristles, boar bristles, and pig bristle’

Ciri-ciri bulu babi ialah :
1. Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang).
2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3. Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4. Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu babi atau babi hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuknya yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain. Mungkin ada hikmah disebaliknya agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi bersamalah kita berkongsi informasi ini.

4 comments:

Ini Kisah Tia said...

mesti takut nak beli ni ..

Lady Rina said...

thanks for sharing..kena lebih hati2 lepas ni..

IsmailDotCom said...

Terima kasih untuk informasi yang berguna ini

syamilsynz said...

emm...kene lebih brhati2 ni..mkanan pn dah byk yg ragu2...