HALAMAN

Saturday, April 28, 2012

Majlis Perkahwinan Jejai dan Fasha Sandha Dengan Mas Kahwin RM 8,888.88


Alhamdulillah, malam ini, tanggal 27 April 1012, tepat jam 9.45 malam, Fasha Sandha sah bergelar isteri kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai) di tingkat 30, Windows on KL, crown Plaza Mutiara, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Maka tamatlah segala kontroversi yang melanda pasangan ini dengan terjalinnya hubungan perkahwinan mereka. Dihadiri lebih 300 tetamu, majlis akad nikah ini khabarnya dilakukan dengan dua kali lafaz daripada Jejai, mungkin gementar tidak hilang lagi selepas perkahwinan pertama dengan Nora Danish kot?


Selalunya orang akan bertanya soal mas kahwin dalam setiap majlis akad nikah,  dilaporkan, sebanyak RM 8, 888.88. Ada simbolik di sebalik nombor lapan ke Fasha?
Untuk pengetahuan peminat hiburan semua, majlis resepsi Fasha Sandah dan Jejai bakal diadakan di Pusat Peranginan Bali, Indonesia dan hanya seramai 100 jemputan sahaja yang diundang.


 Sekali lagi mengucapkan tahniah atas perkahwinan kedua buat Jejai dan selamat pengantin baru kepada Fasha Sandha, semoga ikatan ini kekal hingga ke syurga, amin.

 

 Sumber: blog meow

3 comments:

Kakzakie said...

Hebat juga percintaan mereka yg akhirnya dapat disatukan juga ye...

Cikgu Tie said...

Bersatu juga akhirnya....

cleverspider55 a.k.a alam1cinta said...

moga perkahwinan mereka bahagia dan kekal hendaknya.