HALAMAN

Wednesday, April 11, 2012

Tip Sebelum & Semasa Temuduga

Assalamualaikum semua...kali ni mama berkongsi tip untuk temuduga...

Tips Sebelum Temuduga
- Mesti study bab-bab berkenaan dengan kerja kita yang kita rasa akan ditanya oleh penemuduga.

- Buat Research dekat Internet atau Mencari bahan bacaan berkenaan topik berkaitan dengan kerja kita.

- Tanya Rakan-rakan atau Senior yang terdahulu dan berpengalaman dalam bidang kerjaya tersebut.

- Kaji selidik latar belakang syarikat atau tempat kerja yang kita hendak mohon.

- Berlatih di rumah cara kita hendak betutur di depan penemuduga

- Makan dan tidur secukupnya sebelum hari Temuduga diadakan

- Sediakan kesemua dokumen dan kelengkapan untuk temuduga sehari sebelum temuduga dan semak semula takut ada yang tertinggal.

- Jangan terlalu tertekan memikirkan soalan yang akan ditanya, Selalu befikiran Positif yang kita akan berjaya.

- Akhir sekali bertawakal dan berdoa kepada Tuhan semoga dipermudahkan segala urusan semasa Temuduga nanti.

Tips Semasa Temuduga
- Sebelum masuk kedalam bilik temuduga Baca lah Doa supaya kita tidak rasa terlalu gentar.

- Apabila berjumpa dengan penemuduga berilah Salam atau Ucapan Selamat Pagi/Petang mengikut waktu.

- Jangan terus duduk ,tunggu sehingga penemuduga memberi kebenaran,ini menunjukkan tanda hormat kita padanya dan ucaplah Terima Kasih dan sentiasa senyum untuk menceriakan lagi suasana.

- Duduk dalam keadaan relax dan tenang ,jangan menunjukkan rasa cemas kita. Tarik Nafas dalam-dalam dan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menjawab soalan.

- Dengar dan fahami baik-baik soalan yang ditujukan kepada kita, jika tidak jelas, mohon dengan sopan supaya penemuduga mengulangi semula soalan tersebut.

- Menjawab soalan dengan bahasa Malaysia/ bahasa Enggeris sahaja bukan bercampur aduk dengan slang atau bahasa negeri kita serta tidak mengunakan bahasa pasar. Petuturan kita hendaklah jelas dan tidak menjawab dalam keadaan gopoh atau bercakap terlalu laju. Isi Jawapan kita biarlah padat dan ringkas tidak terlalu meleret.

- Sewaktu Temuduga kita hendaklah sentiasa memandang wajah penemuduga, jikalau lebih dari seorang penemuduga, semasa memberi jawapan pandang lah mereka silih berganti.

- Jikalau Soalan yang diajukan kita tidak tahu akan jawapannya, jangan hanya mendiamkan diri lama-lama, ini boleh menyebabkan Penemuduga itu akan cepat bosan.Fikir dengan tenang dan apabila kita masih tidak tahu berterus teranglah bahawa kita memang tidak tahu akan jawapannya dan penemuduga akan menyoal soalan yang lain.

- Selepas di akhir sesi temuduga, Macam mana sekali pun keputusannya kita hendaklah mengucapkan Terima Kasih kepada penemuduga tersebut kerana memberi peluang kepada kita ditemuduga.

Sumber : Blogger

1 comment:

CyberTeknologi said...

Assalam....,

Tips yang baik bagi mereka yang menghadiri temuduga...