HALAMAN

Friday, May 11, 2012

KHASIAT TIMUN

 Timun atau nama saitifiknya ialah cucumis sativus. Timun mempunyai pelbagai khasiat dan penawar.

Khasiat timun: • kaya dengan kandungan mineral, kalsium, fosforus, zat besi dan Vitamin C
...
• dapat menyejukkan badan

• mengekalkan kandungan alkali dalam darah kita

• merawat masalah kekerapan buang air kecil dengan menggunakn cecair daripada bijinya

• dapat mengatasi sembelit dengan makan timun selalu

• dapat menghilangkan masalah bau badan.Caranya ialah ambil sebiji timun muda dan kupas kulitnya. Cuci dan gosokkan pada bahagian badan yang sering berpeluh. Lakukan selalu samada semasa mandi ataupun selepas mandi

• dapat mengatasi masalah pusingan asid seperti gout, reumatik dan arthritis.Caranya ialah jus dicampurkan dengan perahan lobak merah dan saderi.

• merawat kudis dengan menggunakan perahan timun yang bdicampur dengan jus lobak dan salad.

• dijadikan sebagai rawatan kecantikan seperti masalah jerawat. Caranya ialah campur parutan timun dengan kuning telur. Kacau sebati dan sapu pada seluruh muka. Biar 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan selalu supaya jerawat cepat kering.

• mengatasi masalah panas badan.Caranya ialah kikis sebiji timun dengan menggunakan garpu supaya berjurai. Boleh juga dikisar sehingga halus. Jadikan sebagai minuman dengan mencampurkannya bersama gula dan garam. Kacau hingga sebati dan simpan dalam peti sejuk. Kemudian minum setiap pagi,petang serta malam.
 
58 · ·

4 comments:

Uji Hussein said...

Saya suka jus timun.

Deleted said...

Salam. Jom join GA kami.. ^_^

http://cerita-amna.blogspot.com/2012/04/birthday-giveaway_27.html

Ce'gu JAERA said...

ooo macam tu rupanya.. selama ni sya memang tak suka makan timun sebab rasanya tawar.. pasni nak minum banyak2 lah jus timun...

confdeb said...

mmg tmn byk khasiat..nice info..

http://macammacamcite.blogspot.com/