HALAMAN

Friday, June 1, 2012

Persidangan & MAT di Ipoh, Perak

Assalamualaikum, mama telah menghadiri mesyuarat dan persidangan ini di Kinta Riverside Ipoh. Tema persidangan ialah "Leadership, Motivation and Energising Girl Guides" .

Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah bengkel dan perbincangan bersama ahli-ahli panel dari UKM seperti  Dr Fatmawati Halim, Dato' Dr Saran Kaur Gill,  Yg Bhg Prof Datuk Shaharuddin ismail, Yg Bhg Prof Datuk Hazita Azman, Ms Maye Yap dan Dr Wan Juliana. Antara tajuk ialah " Self Awareness Factors that Impact on Motivation of Voluntary Work","Organisational Systems and  Structures to Support and Motivate Voluntary Work-UKM's Case", "Rainforest Discovery Journey Programme Nurturing Eco-Volunteerism", "UKM-MNS Inaugural Environment Awareness programme".

Kami juga telah dibawa ke Hutan Paya Larut Matang Kuala Sepetang dan dapat menanam poko kayu bakau di sana. Pada sebelah malamnya kami telah menerima undangan makan malam. Pada malam pertama kami menjamu selera di kediaman Menteri Besar Perak , pada malam kedua dinner di ballroom hotel dan malam ke3 kami bersama DYMM Raja Permaisuri Agung di dewan bakuet Bangunan SUK Perak

Majlis Pelancaran wang Syiling Kenangan 100 tahun WAGGGS juga diadakan pada persidangan kali ini yang telah disempurnakan oleh DYMM Raja Permaisuri Agung. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Datin Paduka Seri Diraja Rosma Mansur selaku penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

menanam pokok bakau di hutan paya larut matang, kuala sepetang
DYMM Permaisuri Agung melepaskan anak ikan di sungai Kinta

pelancaran syiling 100 tahun pandu puteri
majlis perasmian diiringi muzik TLDM
bersama AJK daerah dan Pandu Puteri Raja Melaka
bersama Datin Paduka Seri Rosma Mansur
bersama YAM Raja Mahani , Raja Puan Muda Perak
dinner bersama MB Perak
dinner bersama DYMM Permaisuri Agung dan Tuanku Bainun
sebelum bermesyuarat
bersama emcee malam GG Supernova..Datuk AC Mizal

5 comments:

Kakzakie said...

Wah... besra-besaran nampaknya... undangan istimewa pun bukan calang-calang org...

tunz said...

ye la kak..inilah barisan penaung persatuan kami

-gedek! said...

beli 'gelang' tak...?

khairul said...

hebat ..Permaiisuri pon ada

Adylia Qarissa said...

hebat bini PM pon ada ;p