HALAMAN

Tuesday, July 24, 2012

Petua Meredakan Batuk & Sakit Tekak

Penghidap penyakit batuk boleh menyebabkan badannya menjadi kurus. Baruk sering melanda di sebelah malam, sehingga pesakit tidak dapat tidur lena. Kalau berlanjutan, sisi rumah turut terganggu.

Penderit...a perlu berpantang seperti berikut:
· Jangan terlalu banyak makan makanan manis
· Jangan tidur tidak menentu (jangan kurang tidur)
· Jangan masukkan jari ke dalam mulut (seperti kebiasaan kanak-kanak)
· Jangan makan banyak mekanan pedas
· Perbanyakkan gizi (zat) dalam makanan seharian.

Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:

KERAK NASI:
Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.

BUAH PISANG:
Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.

ULAM PEGAGA:
Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.

MADU LEBAH:
Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

Mengurangkan Batuk
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.

Merawat Sakit Tekak
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.



 

5 comments:

Gen2Merah said...

terima kasih cikgu atas perkongsian ini.. yang penting kita sentiasa jaga pemakanan kan... salam Ramadhan

cyma alid said...

hai..salam ramadhan..best la blog cikgu ni..tq..byk info..

shoesump said...

Klaw mkn megi waktu batuk ada effect x?

lembardo said...

kalau megi takpa cuma jgn mkn mee segera.

lembardo said...

kalau megi takpa cuma jgn mkn mee segera.