HALAMAN

Tuesday, October 23, 2012

HARGA ROKOK NAIK LAGI

KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai
Isnin, 22 Oktober 2012.

"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja M
alaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober lalu.

"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

Harga baru rokok bermula esok adalah seperti berikut:-

DUNHILL - RM10.20
KENT - RM10.20
PETER STUYVESANT - RM8.70
PALL MALL - RM8.70
PALL MALL Biasa - RM10.60
BENSON & HEDGES - RM10.20
LUCKY STRIKE PLAIN - RM10.60
ROTHMANS INTERNATIONAL - RM10.60

BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa dunia dan kumpulan tembakau tersenarai yang kedua terbesar dunia. - Bernama
Wartawan : ALS

1 comment:

Unknown said...

naseb baik sy x merokok