Mohd Ali: Ambil tindakan berani dah tegas terhadap Paderi Gay
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam 
 
JASIN - Kerja-kerja mendalam dan melebarkan beberapa sungai di Melaka kini sedang giat dilakukan bagi mengatasi masalah banjir dan air bertakung khususnya di Kampung Tehel di sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pihaknya telah menghantar lima buah jengkaut sejak Sabtu lepas bagi menjalankan kerja-kerja tersebut di Sungai Tehel, Gapam, Air Panas dan Duyong.
"Selain itu, kita juga membuat saliran di kawasan-kawasan yang menahan air dan kita harap kawasan yang tenggelam ini akan kering dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Melaka Datuk R. Perumal di Kampung Baru Selandar di sini, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.
Dalam pada itu, menurut Bilik Gerakan Bencana Negeri, sehingga 2.30 petang tadi, seramai 84 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tehel di sini, satu-satunya pusat pemindahan yang masih dibuka sejak negeri itu dilanda banjir awal bulan ini.

Sementara itu, Mohd Ali berkata sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri Melaka bercadang membina dua kolam takungan iaitu di Sungai Bemban dan Air Panas bagi mengatasi bencana banjir.
Katanya pihaknya telah memohon peruntukan RM70 juta daripada kerajaan pusat bagi membina kolam takungan berkenaan.- Bernama