
16/08/2010 5:56pm
KUALA LUMPUR 16 Ogos - Kejadian ribut yang melanda Jasin, Melaka pada Jumaat lepas adalah kesan daripada Monsun Barat Daya dan bukannya fenomena luar biasa.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Alui Bahari berkata, Monsun Barat Daya, yang berlaku dari Mei hingga September di Semenanjung Malaysia akan mengalami kejadian ribut petir yang kadangkala boleh mengakibatkan kerosakan harta benda.
"Kejadian ribut di Jasin bukannya fenomena luar biasa kerana ia sama seperti kejadian petir yang boleh membahayakan diri seseorang sekiranya mereka berada di kawasan berdekatan besi, padang dan pokok,” katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment