Zaazz...anda seringkali lupa yg dihafal?? susah nk ingat?? mungkin ade sesuatu yg tidak kena dgn diri anda! Sebelum itu, izinkan saya bertanya, "Anda dh baca al-Quran hari ne??" mungkin ade yg menjawab,"Dah, setiap hari saya baca.." Mungkin juga ade yg berkata, "Al-Quran?? eh..saya x baca langsung seminggu ne, tapi buku teks sy dah khatam semuanya.."
"Klu x bace buku teks, nanti x leh jawab exam.."
"Saya x retilah baca al-Quran..tp baca kod gitar sy pandailah...nak sy ajarkan??"
Nah! Mungkin kata2 di atas tidak asing lagi ngan kehidupan seharian kita..di mana-mana shj pasti ade yg buta al-Quran tp celik hiburan..ye x?? Pikir2 kanlah
Berbalik kpd tajuk utama..mcm mane nk kuatkan ingatan?? senang je..x yah susah2 cari produk2 atau pil2 khayal di luar sane..anda hanya perlu ambil satu kitab yang bernama al-Quran, tgk betul2..bukan komik tau ! tp AL-QURAN !
x jumpa cari al-Quran?? bukan ke ade dalam almari kat sebelah pintu tu ke?? masih baru rupanya...siap bau kedai lagi..Astaghfirullah...al-Quran jd bahan perhiasan, setaraf ngan piala2 kejohanan sukan?? renung2 kn..
Apa yg aku kena wat ngan al-Quran ne??Tugas anda hanyalah baca, baca, dan baca..tp dgn bertajwidlah..jgn baca ikut dan je..klu x tau, tanya..klu tiap2 ari anda bleh jumpe lecturer tanya pasal bab elektrostatik, apa salahnye klu sekali sekali pi tanya tok guru apa itu mad wajib muttasil??
Dan lebih elok jika anda dpt memahami maksud ayat2 yg dibaca dan juga dpt memperlagukan bacaan..kn anak soleh mcm tu..
Kenapa baca al-Quran bleh kuatkn ingatan?? Sila rujuk penjelasan di bawah....ihsan dr pak cik Google..
Setengah orang alim berpendapat bahawa membaca Al-Quran merupakan method yang paling mujarab untuk memperkuatkan ingatan dan memudahkan hafalan. Bahkan inilah kaedah yang paling utama. Kata-kata hikamah Arab menegaskan "Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca Al-Quran dengan melihat (mashaf Al-Quran)."
Seorang cendiakawan Islam berujar, "Orang yang mengamalkan membaca Al-Quran akan sentiasa sihat akalnya walaupun dia berumur 200 tahun." "Jarang berlaku orang yang konsisten (selalu) membaca Al-Quran pada setiap hari, berpenyakit nyanyuk apabila telah tua, malah mereka tidak perlu memakai cermin mata.".
Kesan membaca Al-Quran dari segi kesihatan sungguh besar. Dengan membaca Al-Quran secara automatiknya kita melakukan senaman muka, leher, kerongkong dan fikiran. Profesor Arnold Ehret, pengasas kepada Sistem Perubatan "Ehretisme" dan "Mucusless Diet Healing" melaporkan bahawa menurut pendapat dan pengalaman peribadinya bahawa sebaik-baik latihan jasmani untuk kesihatan dan penyembuhan ialah menyanyi. Al-Quran pun merupakan sejenis 'nyanyian' kerana Rasullullah s.a.w. menyuruh umatnya membaca dengan berlagu, atau dengan kata lain ialah dengan menyanyi.
Prof. Arnold mengakui bahawa apabila seseorang itu bernyanyi atau berlagu dengan fikiran khusyuk dan penuh perasaan, maka ia akan menjadi perhubungan dan rangsangan dari tempat sebutannya kepada organ-organ dalaman. Ia merupakan sejenis rangsangan yang terbagus kepada organ-organ dan membentuk ketenangan kepada berjuta-juta saraf di dalam tubuh.
Apabila membaca Al-Quran, otot-otot di muka dan leher akan bergerak-gerak dan terurut. Pergrakan otot-otot di seluruh muka dan leher akan menyegarkan wajah dan menghindarkan penyakit-penyakit yang menyerang muka seperti 'Bell's Palsy' iaitu sejenis penyakit lumpuh pada bahagian muka. Membaca Al-Quran juga akan menegangkan kulit dan sekaligus sebagai awet muda. Yang penting sekali, ia melatih otak kita kepada konsentrasi fikiran (concentration of the mind) di mana kekuatan konsentrasi ini amat diperlukan untuk belajar dan mengingat.
Skang mcm mane?? dh jelas serba sedikit?? Bertindaklah sekarang !! Jom baca Quran !
No comments:
Post a Comment