HALAMAN

Monday, May 2, 2011

MATANG KE LELAKI?????


Jika…dia menepati janji-janjinya. Dia tahu bagaimana untuk memberi. Dia meminta nasihat daripada orang-orang lain. Dia menerima kritisisme dan mengakui segala kesalahannya. Dia memberi penghargaan kepada sesiapa yang berhak menerimanya. Dia tahu bagaimana untuk mengawal kemarahannya. Dia bertindak dengan penuh tanggungjawab dan baik hati terhadap orang lain. Dia tahu bagaimana untuk menjadi pendamai. Dia tahu bagaimana untuk memberi pujian kepada orang lain. Dia boleh bertolak-ansur dengan ketidaksempurnaan orang lain. Dia tahu perbezaan di antara cinta dan keghairahan. Dia tidak akan memaksa untuk mengadakan hubungan asmara jika anda belum bersedia untuknya. Kematangan juga melibatkan disiplin diri, kebergantungan diri, dan kebebasan. Seorang lelaki yang mempunyai kualiti-kualiti ini adalah paling berkemungkinan merupakan seorang yang bertimbang-rasa serta menyayangi dan menghormati orang lain, dan disebabkan oleh itu, dia layak untuk mendapat rasa hormat dan kasih sayang daripada anda.
Kematangan dan tanggungjawab adalah penting di dalam hubungan asmara. Jika seseorang lelaki itu tidak bertanggungjawab secara seksualnya, dia atau pasangannya mungkin akan menerima akibat-akibat seperti kehamilan yang tidak diingini dan penyakit-penyakit yang berjangkit melalui hubungan seksual. Namun demikian, tanggungjawab seksual bukan sahaja harus diharapkan daripada golongan lelaki, bahkan daripada golongan wanita juga. Sesebuah hubungan itu mempunyai peluang untuk memperolehi kejayaan yang lebih besar sekiranya ia dibina di atas tanggungjawab dan kematangan.

No comments: