HALAMAN

Friday, August 19, 2011

7 Panduan Mengenali Wanita Berdasarkan Cara Jalan


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki badannya, ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan
mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

6 comments:

Abg Ijal said...

Mama Tunz yang mana satu?

Bagus entri ni buat lelaki bujang yang mencari bakal isteri atau lelaki lebih upaya (LLU) yang nak menambah calon.

OK, misal katalah teman wanita si polan ada ciri-ciri cara jalan yang dia tak suka, agak-agaknya nak ke dia mintak 'clash' ek? apa pulak cara dan alasan dia nak mintak 'clash' tu?

Whateverlah...terpulang pada individulah masing-masing lah kan. Ini kan panduan je......harap2 nukan ajaran sesat ye mama! keh3

*Kalau jalan yang tak jejak tanah langsung tu macamana mama?

tunz said...

ni just pandangan atau pndpt org...biasalah manusia...jgnlh dsbbkn perkara reneh2 mcm ni nk mntk putus,fikirkan kebaikan ssorg bila kita mula membencinya....Abg Ijal pulak jlmn cm ne ek..

mama ni jalan nampak tegak je kot..huhuhu

Abg Ijal said...

Entah la mama, setakat ni org selalu kata " Jal, ko ni jalan laju je...ntah apa yg nk dikejarkan tah!"

Mungkin lepas ni mama bolehlah buat entri '7 Panduan Mengenali Lelaki Berdasarkan Cara Berjalan'.

tunz said...

ye ke...nanti mama tunz try cari yer...lau nk tau lbh lanjut...e mail ke mama jer....

amir aizat said...

nice!

tunz said...

Abg Ijal>> jalan yg x jejak tanah tu apa lg kalau bukan...******..........hehehehe...
lariiii jer ler.....