HALAMAN

Saturday, October 29, 2011

Tips Mencari Calon Suami Yang Baik

 Assalamualaikum semua,
Kali ni mama tunz nak berkongsi info untuk semua ..kpd yg masih mencari atau pun yg sudah berumahtangga...bukan shj kepada wanita,malahan untuk kaum Adam juga...
 
Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti, itulah sedikit dari lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang bo...leh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang....

Kuat Agamanya :
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

Baik Akhlaknya :
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.


Tegas Mempertahankan Maruah :
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

Amanah :
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

Tidak Boros :
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

Tidak Liar Matanya :
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

Terbatas Pergaulan :
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.


Rakan Pergaulannya :
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

Bertanggungjawab :
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

Tenang Wajah :
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

Sumber : Blogger

12 comments:

Cikgu Bada said...
This comment has been removed by the author.
Cikgu Bada said...

tips cari calon isteri tak de kr

misTeaRed said...

tq 4 sharing....hehe

tunz said...

CB >>.berminat yer...nanti mama carik yer...hihihi

mis TeaRed>> kongsi info..

Qaseh Qistina said...

menarik info nih..nk kena cari calon macam ni la..=)

afzalsukasuki said...

huhu mama.tu macam lelaki melayu terakhir.saya jauh la sekali :(

tunz said...

aik..afzal dah mengaku kalah ker.....x be.....jadi yang terbaekkkkk...dri ladang gitu..

Nizam Ijam said...

ade x ciri2 tu kat sya? hehe

**::CIKNUURUL::** said...

tenkiu,.hehe,.tengah mencari la ni,.

tunz said...

nizam ijam....syy....hanya 'si dia ' je yang tau...

cik nuurul>>>carik bebaik tau ...

gedek! said...

hai tunz.... Tompang tanya....

Sori le kalau uncle 'ter' lepas publish komen... agaknya uncle tak perasan....! Maklom la orang tua...! Huhuhu.... mohon ampon!

(Tips mencari calon pilihanraya, ada?) Hehe

tunz said...

huhuhu..x pe la uncle..cuma saya pelik jerrr...mana lah tau org x sudi ker..uwaaaa....
let's group hug.....@#$%^&
kita tgk bola sesama yer uncle....