HALAMAN

Wednesday, August 24, 2011

Anak pengsan bapa mati


PILU...Sumriyah ditenangkan ahli keluarga, semalam.
PILU...Sumriyah ditenangkan ahli keluarga, semalam.
KLANG: Tiga mangsa yang cedera akibat dipanah petir di U5 Glenmarie, Shah Alam, kira-kira jam 2.40 petang kelmarin dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan dibenarkan pulang pada petang semalam.
Mangsa, Sumriyah Arup, 35, atau Som tidak menyangka bahawa hari kejadian hari terakhir dia berbual mesra dengan suaminya, Suradi Muhamad, 45, yang maut bersama dua yang lain ketika mereka sedang duduk bersantai di depan pintu rumah kongsi mereka.

“Saya sedang mencuci pinggan di dalam rumah kongsi sementara suami saya bersama abang ipar dan sepupu sedang berehat di depan pintu sebelum kilat menyambar air yang bertakung di depan pintu rumah kongsi kami.
“Selepas bekerja suami macam biasa berehat letakkan kaki dalam air bertakung. Tapi tak sangka boleh terkena renjatan yang daripada air yang naik akibat hujan lebat sebaik petir menyambar,” katanya.

Sumriyah yang kelihatan trauma selepas kehilangan suami tercinta hanya memikirkan keadaan dua anaknya yang ditinggalkan di Jawa Timur berusia lapan dan 13 tahun.

BACA LAGI


4 comments:

ammboi said...

iskh.. kesian ler plak.. kilat kuat sekarang ni.. sblm ni ada yang meninggal tgh menggunakan telefon..

Abg Ijal said...

Itulah nama dia 'Malang Tak Berbau', tak terjangka oleh akal fikiran. Bila-bila masa nak terjadi, tetap akan terjadi dengan izin Allah. Cuma kita tak dapat tafsir sebab musabab semua kejadian tu pada mangsa, pada ahli keluarga dan pada orang lain.....dan mungkin ada moral atau iktibar untuk manusia setiap kali ada kemalangan!

Apa pun ajal maut di tangan Allah, berhati-hatilah & berfikirlah sejenak setiap kali kita melakukan sesuatu!

tunz said...

Abg Ijal >>>yer la...td ada dgr berita tv3..ada tip ..elak disambar petir..pasni mama akan post entri pasal petir ye..Abg Ijal bz je skrg ni yer...x BW pun.
dah dpt kad raya tak?hehheh

Ammboi>> Mssia antara negara plg tinggi dlm kes ni

Abg Ijal said...

Mmg bz la mama seminggu sblm cuti sekolah ni, terlalu byk urusan yg perlu diselesaikan. Bukan tak BW! Selalu tau, cuma x mark my present in yr shoutbox je!

Ari ni 26hb br dpt! Terkejut & seronok! TQ ye! Tu the one & only dpt dlm jangka masa 5 tahun...hu hu! Sedey kan!