HALAMAN

Friday, August 12, 2011

Harga makanan di bazar Ramadhan mahal? Tak berpatutan?

 Pada Ramadhan kali ini, pihak berkuasa sendiri akan memantau harga jualan yang tidak masuk akal dan seakan mencekik darah pembeli akan diambil tindakan. Memang banyak sebenarnya kejadian macam nie, cuma kurang diambil kesah oleh pembeli kerana terpaksa juga membeli kerana telah di bungkus. Pembeli seakan tertipu apabila tiba masa membayar kerana harga yang dikenakan melampau dan tidak masuk akal.

Tetapi, hari ini, dua belas peniaga bazar Ramadan telah dikenakan tindakan mengikut Akta Anti Percatutan 2010 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana menjual barangan makanan dengan harga yang melampau.


Menteri kementerian berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, tindakan itu diambil selepas kementerian mendapati peniaga terbabit menjual barangan mereka dengan harga yang langsung tidak munasabah.
Sebelum tindakan diambil, peniaga diminta untuk menulis surat tunjuk sebab terlebih dahulu, jika alasan yang diberikan tidak bersesuaian kami akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata, walaupun harga barangan makanan yang dimasak sukar dikawal, kementerian tetap menjalankan pemantauan terhadap barangan itu.

Kita faham peniaga memanglah nak untung setahun sekali, tetapi kalau keuntungan yang berlipat ganda tidak adillah kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 49,586 pemeriksaan dijalankan sejak 1 hingga 9 Ogos.

2 comments:

ammboi said...

harga mahal sangat..
beli nasi kerabu daging bakar + telur masin (1/4) pon dah rm7..

tunz said...

masak sendiri ler.....huhu