Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kaki V Samala, 97, dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat yang tiba selepas dihubungi.
Cucu mangsa, P Ramesh, 40, berkata, ketika kejadian, semua ahli keluarga tidur dan dikejutkan dengan suara meminta tolong oleh neneknya.
“Kami semua terjaga lalu bergegas ke arah suara itu dan terkejut mendapati nenek terduduk di dalam tandas dan memberitahu kakinya tidak dapat dikeluarkan.
“Saya cuba mengeluarkan kaki nenek yang tersepit namun gagal lalu mengambil keputusan menghubungi pasukan bomba dan penyelamat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, bomba yang datang tidak lama selepas dihubungi berjaya mengeluarkan kaki neneknya dalam masa beberapa minit.
Ramesh berkata, neneknya mempunyai penglihatan kabur dipercayai bangun membuang air kecil sebelum kakinya terjerumus ke dalam lubang tandas.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2, dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Alor Gajah, Ho Yew Meng, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.05 pagi dan bergegas ke lokasi untuk melakukan kerja menyelamat.
No comments:
Post a Comment