HALAMAN

Sunday, August 28, 2011

LEHER HAMPIR PUTUS , TERCAMPAK 1O M



Hasrat seorang gadis berusia 19 tahun memakai baju baru pada Aidilfitri berkecai apabila mangsa terbunuh
selepas tercampak dari jejambat setinggi 10 meter berhampiran susur masuk Jalan Bellamy ke Jalan Istana, di sini, petang semalam.

Lebih mengerikan, selepas tercampak dari jejambat itu, kepala mangsa bergesel besi pembahagi jalan hingga lehernya hampir putus.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Nur Aqilah Noor Ahmad dari Kampung Tasik Tambahan, Ampang, kemudian terpelanting ke Jalan Istana yang sibuk hingga nyaris dirempuh kenderaan lain sebelum beberapa pengguna jalan raya berhenti memberi pertolongan.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang membonceng motosikal teman lelakinya, Darwish Ridhwan Lee Abdullah, 19, tercampak selepas motosikal terbabit gagal dikawal lalu merempuh penghadang jalan di jejambat berkenaan.

Lima minit selepas kejadian, Nur Aqilah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius di kepala dan leher. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala teman lelakinya yang cedera parah, dihantar ke hospital sama dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kemalangan itu berlaku selepas kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke rumah Nur Aqilah di Ampang selepas membeli baju raya di Bukit Bintang, di sini. Kejadian itu menyebabkan kesesakan hampir dua jam ketika warga kota sibuk menggunakan laluan itu untuk pergi ke pusat beli-belah serta menuju ke lebuh raya untuk balik kampung.
Berikutan kejadian itu, Polis Trafik Kuala Lumpur meminta saksi kemalangan itu menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan.

Di MELAKA TENGAH, seorang pemuda yang baru pulang dari membeli baju raya terbunuh manakala rakannya patah tangan selepas motosikal dinaiki mereka merempuh seekor lembu di Jalan Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, Azroy Nizam Ramli, 25, dan rakannya yang membonceng motosikal dalam perjalanan ke rumah selepas membeli pakaian di Jonker Walk, di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata Azroy Nizam meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala sementara rakannya patah tangan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dari arah Sungai Undang terlanggar lembu yang melintas di tengah jalan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini, semalam.

Salehhudin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di talian 06-2834139 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, bapa saudara Azroy Nizam, Akmar Husin, 47, berkata arwah pernah terbabit dalam kemalangan kereta hingga koma selama sebulan, tahun lalu.

“Kami reda dengan pemergian arwah walaupun sedih dia tidak sempat memakai baju baru yang sudah dibeli untuk beraya,” katanya.


sumber : lulu pages

4 comments:

Anonymous said...

letakla entri riang ria sikit...aduuuiiii ngeriii betullll la rasanya...selamat hari raya...

tunz said...

yer la.sekadar jadikan renungan...selamat hari raya juga untuk hakmi

Jendela Hati said...

dekat sgt dgn tempat keje sy tu huhu...

raya tu raya juga, keselamatan di utamakan...

Abg Ijal said...

Haddoila...mama....ngeri2.
Lepas ni mama kena buat entri doa pelindung dan doa memulakan perjalanan ye. Sharing is Caring! Besar pahala.