HALAMAN

Monday, August 8, 2011

Tanah runtuh: 6 mangsa dikhuatiri masih tertimbus

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya enam hingga 10 mangsa dikhuatiri masih tertimbus dalam tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli di Sungai Ruil, Cameron Highlands, kata Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk SK Devamany.

Devamany yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata beliau berada di tempat kejadian sejak 8.25 malam dan dan kira-kira 80 anggota mencari dan menyelamat (S&R), termasuk dari unit K-9, terbabit dalam operasi berkenaan.
"Keadaan agak buruk. Runtuhan agak besar. Pasukan S&R terpaksa menggali tanah lumpur dengan hati-hati,"
katanya ketika dihubungi malam ini.
Devamany berkata, beliau diberi taklimat oleh ketua kampung dan anggota S&R mengenai situasi terbaru setiap setengah jam.

Perkampungan itu, terletak dekat pekan Tanah Rata, mempunyai 145 rumah dengan populasi 1,300 orang.

Devamany berkata, kejadian tanah runtuh jam 5.45 petang itu berlaku berikutan hujan lebat.

Setakat ini, seorang wanita dilaporkan terbunuh sementara dua yang lain, seorang lelaki dan seorang perempuan, cedera parah dan mereka dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata. - BERNAMA

2 comments:

ejaescobart said...

eja pernah stay disitu masa 2009 mengikut rombongan sekolah.. masa tu memang hujan.. mujur tak berlaku apa2 tak diingini...

terkejut baca berita ni....

PERPUSTAKAAN SKKT said...

ye la.....skrg ni tanah tinggi sume dh diterokai....alam hijaudh tak de....