HALAMAN

Wednesday, February 22, 2012

BERHATI-HATI DENGAN TAWARAN KAD DISKAUN SEUMUR HIDUP

Assalamualaikum semua, anda pernah dapat penggilan tawaran kad diskaun percutian atau apa2 shj jenis kad..sila baca info ini

Pelbagai kaedah yang digunakan untuk mempedayakan pengguna. Terkini, wujudnya pihak tertentu yang menghubungi pengguna untuk menawarkan kad diskaun. Pengguna yang dipanggil itu, akan diberikan kata-kata manis, bahawa mereka merupakan golongan terpilih untuk menerima kad diskaun yang istimewa itu.


Biasanya pengguna akan menerima panggilan te
rsebut ketika mereka dalam keadaan sibuk bekerja. Pemanggil yang menghubungi pengguna tersebut beberapa kali. Pengguna akan dimaklumkan beliau adalah pemilik kad kredit daripada bank tertentu.

Oleh kerana beliau mempunyai rekod pembayaran kad kredit yang baik, maka beliau ditawarkan kad diskaun istimewa. Pemilik kad diskaun akan diberikan pelbagai tawaran menarik, antaranya, pakej percutian dan penginapan di hotel terpilih di seluruh Malaysia dengan diskaun sebanyak 50%, pakej umrah dengan diskaun 50% dan juga platinum VVIP.

Untuk memilik kad diskaun tersebut, pengguna hanya perlu membayar sebanyak 5RM599 untuk seumur hidup. Tawaran tersebut juga boleh digunakan pada cuti umum dan cuti sekolah. Bagi mempengaruhi pengguna, pemanggil akan memujuk pengguna dengan kata-kata bahawa pengguna tidak akan mengalami kerugian jika memiliki kad diskaun tersebut. Dengan menyertai beberapa pakej yang ditawarkan, pengguna akan menikmati nilai wang yang telah dibayar itu.

Biasanya pengguna tidak diberikan masa yang panjang untuk membuat keputusan bagi mendapatkan kad diskaun itu. Pengguna dimaklumkan pembayaran akan dibuat melalui kad kredit. Akibat daripada terpedaya dengan pujukan dan tawaran yang dikatakan menarik itu, pengguna bersetuju menerima kad diskaun itu. Seterusnya beliau akan memberikan butiran kad kredit, termasuk nombor tiga digit yang terdapat di belakang kad kredit. Setelah selesai proses pembayaran, pengguna dimaklumkan bahawa kad diskaun akan diserahkan dalam tempoh dua minggu.

Setelah menerima kad diskaun dan membaca terma dan syarat, baharulah pengguna tersebut menyedari bahawa beliau tertipu. Apabila syarikat yang mengeluarkan kad diskaun itu dihubungi, pelbagai alasan yang diberikan.

Oleh itu , pengguna hendaklah berhati-hati apabila menerima panggilan seumpama ini. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis dan tawaran kad diskaun tersebut. Selain daripada tidak menikmati apa yang ditawarkan, anda hanya akan menambah hutang kad kredit anda sahaja.

Sumber : Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

11 comments:

whitecappuccino said...

macam2 taktik mereka untuk ambik duit orang.

Unknown said...

maaf mama lama x mai...bz skit

Unknown said...

maaf mama lama x mai...bz skit

Terowong Informasi said...

pernah dengar benda ini..dulu member ada offer tapi xlayan..nasib baik..

haney said...

mcm2 la cara org nk menipu skg ni kn. takot nye

Unknown said...

nak tipu org banyak sangat caranya..dunia

Mia Liana said...

mia ni jenis yang tak makan pujuk.... heheheh... confirm memang selalu tak percaya.. ramai orang jahat sekarang ni.... huhuhuh

Pen Biru said...

takde benda yg percuma dlm dunia ni kecuali nyawa..kan?

Nur-nba said...

Betul tu, jangan mudah terpedaya..

syamilsynz said...

diskaun seumur hidup tu dah boleh tau mesti tipu pnye..

Unknown said...

emmm dah pernah kene dan rasa sangat menyesal..... yg lain sila berhati2....info ini sangat berguna

--------- tumpang iklan -----------

pencarian follower yg ke 50 dan dapatkan hadiah misteri....

di: kumahuitu.blogspot.com