HALAMAN

Sunday, September 18, 2011

87 dicekup dalam pesta liar



ALOR GAJAH - Seramai 87 orang dicekup polis ketika asyik berhibur di parti liar pada malam sambutan Hari Malaysia di sebuah banglo dekat sebuah resort di sini, awal pagi semalam.

Kesemua mereka yang berusia antara 18 dan 35 tahun itu menyertai parti tersebut atas jemputan penganjur melalui laman sosial.

Antara yang ditahan dalam serbuan kira-kira 2.30 pagi itu adalah tujuh penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dari daerah ini, Shah Alam dan Bangi, Selangor.

Mereka dipercayai berada di bawah pengaruh dadah serta minuman keras.

Menurut sumber, parti liar itu dianjurkan secara percuma dan bermula pada jam 10 malam.

Difahamkan empat pegawai dan 14 anggota polis, diketuai Inspektor Risikan/Operasi/Tahanan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Cif Inspektor Mohd Hisham A Rahman membuat serbuan itu kira-kira jam 2.30 pagi.

Disebabkan khayal dan mabuk, pengunjung parti itu tidak melarikan diri, sebaliknya hanya sekadar melihat pasukan polis menahan setengah daripada mereka.

BACA LAGI

2 comments:

tunz said...

Astaghfirullah.....apalah nak jdik manusia ni....Islam ker..kalau Islam baiklah bertaubat...dunia ni dh akhir zaman...

mustafa ambran said...

dunia akhir zaman manusia dah tak takut dengan balsan di Akhirat nanti...