HALAMAN

Monday, September 12, 2011

BANJIR DI PERLIS 2011 - UPSR TETAP DITERUSKAN ESOK

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tetap diteruskan esok walaupun beberapa kawasan di negeri Perlis mula dilanda banjir.
Pengarah Pelajaran Negeri, Dun Kasa berkata, sehingga pagi ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk membatalkan peperiksaan tersebut.
“Sehingga kini keadaan banjir di pusat peperiksaan masih terkawal dan kita telah mengarahkan Guru Besar sekolah terlibat untuk mengadakan peperiksaan itu di tingkat satu atau kawasan yang lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Keadaan banjir di Perlis bertambah buruk dengan jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada lebih 300 orang daripada lebih 90 buah keluarga berbanding 100 orang semalam.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis berkata, mereka ditempatkan di 10 pusat pemindahan banjir iaitu lima di kawasan Padang Besar, tiga di Kangar dan dua di Arau.
Sementara itu, dua buah sekolah ditutup hari ini akibat banjir iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Melangit dan Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis Ir. Nishad Mohamed berkata, hujan lebat luar biasa menyebabkan banjir sejak semalam.

No comments: