HALAMAN

Tuesday, September 13, 2011

Dirotan hingga berdarah




BANDARAYA MELAKA – Hanya kerana dituduh buat bising di padang sekolah, seorang murid Tahun Lima sebuah sekolah Cina di sini, dirotan sehingga lengannya berdarah, Jumaat lalu.

Akibat kejadian itu, Desmond Tan, mengalami trauma dan enggan ke sekolah, sehingga menyebabkan ibunya, Ng Lai Siee, 41, terpaksa menemaninya ke sekolah.

Menurut bapanya, Tan Hock Chuan, 40, dia terpaksa bergegas pulang dari tempat kerjanya di Singapura selepas dimaklumkan anaknya dibawa ke Hospital Melaka setelah lengannya berdarah akibat dirotan.

Katanya, dia dimaklumkan anaknya bermain dengan beberapa rakannya di padang sekolah apabila seorang guru sementara di sekolah itu menuduhnya berbuat bising.

“Anak saya menafikannya tetapi guru terbabit terus merotannya,” katanya ketika Ketua Biro Aduan Barisan Nasional (BN) Kota Melaka,

Ronald Gan melawat rumahnya, di sini.

Menurut Tan, isterinya membawa anak mereka ke sebuah klinik di Ujong Pasir tetapi dirujuk ke Hospital Melaka kerana lukanya serius.

“Saya telah berjumpa dengan guru besar sekolah terbabit dan mahu tindakan diambil terhadap guru yang merotan anak saya.

“Saya tidak kisah jika dirotan untuk tujuan mendisiplinkan anak saya tetapi selama dia bersekolah, dia langsung tidak mempunyai masalah disiplin,” katanya.

Sementara itu, Ronald berkata, dia telah diarahkan Pengerusi Jawatankuasa

Pelajaran, Belia dan Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo supaya menyediakan satu laporan lengkap mengenai kejadian itu.

“Kerajaan Negeri memandang serius kejadian ini dan mahu ia ditangani segera.

“Saya sendiri sudah meneliti laporan dari Hospital Melaka dan merasakan :laporan polis perlu dibuat supaya tindakan sewajarnya boleh diambil,” katanya.

No comments: