HALAMAN

Saturday, September 10, 2011

INI BARU SEHIDUP SEMATI

Riwayat cinta

KENANGAN...Faizal dan Zuzziana ditemui terbaring berpelukan.
KENANGAN...Faizal dan Zuzziana ditemui terbaring berpelukan.
SEREMBAN: Kecewa apabila cinta dihalang keluarga, sepasang kekasih nekad minum racun menyebabkan seorang lelaki maut manakala teman wanitanya kini koma di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) di sini.
Dalam kejadian jam 8 pagi semalam di rumah di Taman Bunga Sejati, Nyatoh, Rantau, di sini, Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, ditemui kritikal.
Seorang jiran, Suthir Baba, 26, menemui pasangan kekasih itu dalam keadaan berpelukan di ruang tamu rumah dengan mulut dan hidung masing-masing berbuih.

Suthir berkata, dia menyedari kejadian itu ketika pulang dari bekerja jam 8.20 pagi selepas melihat wanita membuka pintu pagar dan kemudian masuk semula ke dalam rumah.


Menurutnya, selang beberapa minit dia terdengar bunyi orang bernafas kuat dari dalam rumah itu sebelum dia dan seorang lagi jiran meninjau untuk melihat apa yang berlaku.

7 comments:

Suhaimi@Pakmi said...

hmm kenapalah minum racun...lbh baik pgi je ke negara jiran nikah kat sana klau mak bapak x stuju...bunuh diri dosa besar...

Sufia Mahzan said...

Kesiannya mereka..
Yg lelaki tu mcm baru convert je. Takde dosa bila masuk Islam. Kenapa bunuh diri?
Nak marah, maki hamun..dah meninggal pun. Kesian je yg boleh dicakapkan..

tunz said...

sebagai seorang Islam, kita perlu ada pegangan agama agar tidak berlaku perkara2 spt ini...ada cara lain untuk menyelesaikannya.....al fatihah...

monster kecik said...

nilah yg dikatakn cinta manusia lebih kpd tuhan...nauzubillah

monster kecik said...

*cinta kpd manusia lebih drpd cinta kpd tuhan..

tunz said...

betul tu monster kecik..semoga kita sg manusia sentiasa beringat...jgn mudah ikutkan nafsu dan tidak berfikir panjang....nauzubillah

Unknown said...

kenapalah ambik keputusan macam tu...aduh...