HALAMAN

Wednesday, September 7, 2011

Leher lebam ditekan kayu


LAPOR...Maya menunjukkan laporan polis yang dibuatnya, kelmarin.
LAPOR...Maya menunjukkan laporan polis yang dibuatnya, kelmarin.
LEBAM...keadaan badan mangsa yang dipukul.
LEBAM...keadaan badan mangsa yang dipukul.
AMPANG: Gara-gara ingin meleraikan pergaduhan akibat perselisihan faham kerana seorang remaja lelaki bermain mercun di kawasan perumahannya, seorang wanita menanggung kesakitan dan lebam di leher serta belakang badan akibat dipukul menggunakan kayu oleh seorang wanita yang juga jirannya di Taman Kencana, di sini, kelmarin.
Mangsa, Maya, 26, berkata dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, dia berada di dalam rumah apabila terdengar kekecohan seperti orang bertengkar di luar.

Dia meninjau apa yang berlaku sebelum mendapati kira-kira enam orang yang juga jirannya mengepung seorang remaja lelaki kerana dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan remaja terbabit bermain mercun berhampiran rumah mereka.
“Sebaik mendekati mereka, saya mendapati seorang remaja lelaki yang juga kenalan anak tiri saya dikepung jirannya itu kerana tidak berpuas hati dengannya yang bermain mercun.

“Remaja terbabit datang ke rumah jiran saya untuk memohon maaf kerana bermain mercun, tetapi ahli keluarganya tidak berpuas hati,” katanya.

BACA LAGI

P/S..nak tau tak,syy..mama pun smlm (Selasa-jam 1.00a.m) duk ngintai budak2 lepak kat corner  deretan umah mamani main mercun...aduyai...waktu2 mcm tu..bunyi bkn main kuat nau....jiran mama en. niszam(tokei kdai runcit ) pun kuar jugak..

en.niszam: ckgu tun, saya call balai polis kesang pajak ye..jgn bising2..nntibebdk ni dendam lak kat kiter...
mama      : yerlah, call jer ler..
puas menunggu x der polis ronda dtg..rasanye depa main dlm 30 minit jugak r...geram btul..depa ske dok lepak lahhh sbb 3 buah umah last ni x berpenghuni..any suggestion tak?nak bg tau ketua taman ni ker...mama malas r nk kecoh2 ..nak bertindak diam2 jer..hiihih...yg peliknyer x nak depa ni lepak dpn umah dia org sb bdk2 ni sume dri umah belakang......apa nak wat ek...respon skit sapa yg baca ni..tq sesgt...

2 comments:

ammboi said...

report jer mama tunz.. dh mmg diorang tu menggangu ketenteraman awam pon...

tunz said...

tu la.....ank2 melayui zaman sekarang..