HALAMAN

Tuesday, September 6, 2011

Gempa bumi: Pelajar Malaysia di Aceh selamat

JAKARTA: Semua pelajar Malaysia di Aceh dan Medan selamat daripada bencana gempa bumi pada magnitud 6.7 yang melanda wilayah Pantai Barat, Selatan Aceh, awal hari ini.

Sehingga jam 1.30 tengah hari ini, pihak berkuasa melaporkan bahawa 10 mangsa meninggal dunia dalam kejadian gempa pada jam 12.55 pagi waktu tempatan itu.
Atase Pendidikan, Pelajaran Malaysia (sebelum ini dikenali Jabatan Penuntut Malaysia) di Indonesia, Ludinata Misnun, berkata gempa itu tidak dirasakan pelajar Malaysia di Aceh kerana kawasan penempatan mereka berada jauh di bahagian Utara Aceh.
Bagaimanapun, pelajar Malaysia di Medan, Sumatera Utara dapat merasakan gegaran kuat kerana kedudukan pusat gempa yang lebih hampir dengan kawasan Kota Medan.

BACA LAGI

No comments: