HALAMAN

Thursday, September 29, 2011

PENAWAR DARAH TINGGI

Lobak Putih

Sewaktu zaman kanak-kanak dulu, saya kurang gemar memakan sayur lobak putih ni. Mungkin kerana rasanya yang kurang menyelerakan kot. Tapi saya akur yang lobak putih atau Raphanus Sativus ni banyak khasiatnya. Antaranya baik untuk sistem penghadaman dan mengatasi masalah kencing tak lawas.
...

Paling penting kat sini adalah ia juga baik untuk merawat darah tinggi. Selain lobak putih, anda juga perlukan gula batu sebagai perasa tambahan.


Cara-caranya:
1. Sediakan 1 atau 2 batang lobak putih.
2. Bersihkan ia terlebih dahulu dan ambil isinya saja.
3. Kemudian anda kisarkan atau tumbuk lobak putih tu bersama dengan gula batu sebesar ibu jari. Kisar atau tumbuk bahan tersebut sehingga halus atau hancur.
4. Setelah itu, tuangkan dan tapis jus lobak putih tu ke dalam gelas.
5. Minumlah jus tersebut 2 kali sehari.
------------------------------
--------------------------------------------------------------
Bagi pesakit darah tinggi, ada satu lagi petua tradisional untuk anda. Petua ni dikatakan boleh menurunkan darah tinggi dengan segera. Sekiranya anda diserang darah tinggi, cuba lakukan dua langkah berikut :

Langkah 1:
Buat solat hajat 2 rakaat dan mohonlah kepada-Nya tentang hajat anda.

Langkah 2:
a. Ambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkannya.
b. Kisar bawang putih tadi untuk dijadikan jus.
c. Kemudian, ambil 6 titik jus tadi dan campurkannya ke dalam segelas air kosong.
d. Minum air tersebut 3 kali sehari.
------------------------------
-------------------------------------------------------------
Tumbuhan Mengubati Darah Tinggi

Setiap tumbuhan yang dijadikan oleh-Nya tentu mempunyai khasiat tersendiri. Cuma mungkin kita saja yang kurang tahu mengenainya. Justeru, saya kongsikan beberapa jenis tumbuhan yang dikatakan berupaya mengurangkan atau mengubati tekanan darah tinggi anda.

1. Pegaga
Daun pegaga boleh dibuat jus sebagai penawar darah tinggi anda. Selain itu, amalan meminum jus pegaga membantu anda kelihatan awet muda.

2. Pucuk Betik
Jadikan pucuk betik sebagai ulam-ulaman ketika anda menikmati makan tengah hari mahupun malam.

3. Daun Sambung Nyawa
Satu lagi tumbuhan yang boleh anda jadikan sebagai ulam-ulaman ialah daun sambung nyawa. Andai memakannya secara berlebihan, anda akan berasa mual, loya dan macam nak muntah.

Ini disebabkan oleh cecair daunnya yang berfungsi menurunkan kandungan gula dalam darah.

4. Daun Tenggek Burung
Anda yang menghidapi darah tinggi boleh buat daun tenggek burung ni sebagai ulam. Lawan pula dengan sambal belacan. Mmmm... memang sedap.

Di samping darah tinggi, ia membantu melancarkan perjalanan darah anda juga.
------------------------------
------------------------------------------------------------
Amalkan meminum air limau nipis. Seperti biasa, minum 2 kali dalam sehari.

1. Memula, ambil 1 biji lipis dan perah airnya ke dalam gelas.
2. Masukkan juga 1 gelas air sejuk ke dalam gelas yang berisi perahan limau nipis tadi.
3. Jika mahu, anda boleh campurkan sedikit gula.
4. Kacau semua ramuan tadi hingga sebati dan minum.
5. Amalkan meminumnya sehinggalah tekanan darah tinggi anda menurun dan kembali ke paras normal.
6. Anda boleh meminumnya pada setiap pagi dan petang.

Jika tiada aral, anda akan memperolehi hasilnya.
See more