HALAMAN

Thursday, September 8, 2011

PERDANA MENTERI MALAYSIA 2



TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN (11 MAC 1922 - 14 JANUARI 1976)
· 
Beliau merupakan Perdana Menteri kedua (22 September 1970 - 14 Januari 1976).
· 
Beliau dikenang sebagai "Bapa Pembangunan Malaysia", bertepatan dengan pendekatan pentadbirannya yang memberi penekanan terhadap banyak aspek pembangunan negara khususnya dalam usaha menyatupadukan rakyat.
· 
Antara inisiatif termasyhur beliau adalah:
1.
Pelaksanaan Penyata Razak iaitu dasar pendidikan negara yang antara lainnya memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan; dan
2.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971) yang bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional melalui strategi serampang dua mata iaitu:-
(a)
membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
(b)
menyusun semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

No comments: