HALAMAN

Sunday, September 11, 2011

SEMARAK MERDEKA - MUZIUM NEGARA


Muzium Negara merupakan peneraju aktiviti permuziuman di Malaysia dan pendokong terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan koleksi khazanah negara. Pembinaannya yang mewakili identiti nasional merupakan kemuncak kepada sejarah pembinaan muzium-muzium terawal di negara ini seperti Muzium Taiping, Perak (1883), Muzium Sarawak (1888) dan Muzium Selangor (1889). Didirikan di atas tapak Muzium Selangor yang musnah pada Mac 1945 akibat Perang Dunia ke 2, idea pembinaannya telah dirancang pada 1957 selepas kemerdekaan negara ini dan diumumkan pembinaannya pada 1959. Melalui inspirasi yang berlatarbelakang identiti negara, rekabentuk yang dipersetujui oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah membolehkan pembinaannya menjadi realiti pada 1961. Akhirnya bangunan Muzium Negara berdiri megah dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-III pada 31 Ogos 1963, iaitu enam tahun selepas kemerdekaan negara ini.

Bangunan Muzium Negara yang ada sekarang dibina di atas tapak Muzium Selangor yang dibuka pada 1906.Bahagian kanan Muzium Selangor musnah terkena sasaran bom yang dilepaskan pesawat B29 milik Tentera Berikat semasa Perang Dunia Kedua pada bulan Mac 1945. Sebahagian daripada koleksi-koleksi Muzium Selangor yang terselamat dipindahkan ke tempat lain dan ada juga yang dibawa ke Muzium Perak, Taiping oleh pegawai- pegawai Jepun yang mentadbir Muzium Selangor ketika itu.

No comments: