HALAMAN

Monday, September 19, 2011

Tebing sungai, jambatan terbiar



SELANDAR - Walaupun bencana banjir besar melanda pekan Selandar, Januari lalu sudah berlalu lebih tujuh bulan, namun kesan daripada musibah itu masih ada termasuk beberapa kawasan yang tidak dibaiki pihak berkenaan.

Penduduk, Abdul Rahman Mohd Shah, 45, berkata, sudah lebih lima bulan peristiwa banjir lumpur melanda Selandar, namun sampai sekarang tebing di Sungai Selandar tidak dibaik pulih termasuk jambatan yang menjadi tumpuan utama pejalan kaki ke pekan dan kedai makan.

Menurutnya, bukan niatnya untuk menyalahkan mana-mana pihak, namun sudah beberapa bulan bersabar dan seharusnya kerja-kerja baik pulih dilakukan segera.

“Sudah tiba masanya pihak berkenaan memberi perhatian serius terhadap kerja-kerja baik pulih ini. Jika dibiarkan berlarutan, keadaan lebih parah dan masalah lain pula yang akan timbul,” katanya.

Katanya, kawasan jambatan yang hanya tinggal tiang bukan sahaja tidak dibaiki, malah lebih dikesalkan apabila dipenuhi semak.

Manakala, Pengerusi Surau Az Zakirin Selandar, Sidang Mat Zin Manap, 64, berkata, kedudukan kawasan Selandar yang terletak dalam Dewan Undangan Selandar seolah-olah dianaktirikan.

Menurutnya, sampah sarap yang tersangkut di kawasan sungai itu juga tidak dibersihkan dan jika dibiarkan ia akan memberi impak lebih besar.

BACA LAGI

2 comments:

Unknown said...

mana p semua pihak berwajib ? tidor ka ?

tunz said...

tu la pasal khairul...biasalah......