HALAMAN

Saturday, October 1, 2011

CARA CEGAH UBAN

Ada di antara kita yang masih muda remaja tapi dah tumbuh uban. Ia agak membimbangkan. Maklumlah muda-muda lagi rambut dah beruban. Bila hal ini berlaku, ia menjejaskan penampilan kita. Secara tak langsung, tahap keyakinan diri pastinya menurun. Sebab selalunya rakan-rakan pasti akan mengenakan kita hanya kerana masalah ini. Huhuhu... Sedih, kan?


cara mencegah uban
Muda-muda dah beruban - keyseries.us

Sebenarnya, antara faktor tumbuhnya uban di usia muda kerana gaya hidup kita yang tidak sihat ataupun disebabkan tekanan.
Tapi, tak perlulah risau sangat. Ini kerana ada caranya untuk mencegah uban ni. Percayalah ia cukup mudah untuk diikuti serta diamalkan. Kita cuma perlukan;
~ 1 cawan teh pekat
~ 1 sudu kecil garam
Kemudian;

1. Masukkan garam ke dalam secawan teh pekat.
2. Kacau hingga sebati.
3. Curahkan perlahan-lahan teh masin tadi ke seluruh rambut.
4. Urut kepala secara lembut.
5. Setelah itu, biarkannya selama 1 jam.
6. Akhir sekali, bilas rambut dengan air sejuk.
Ulangi cara di atas sebulan sekali. Dengan izin-Nya, kita boleh mencegah uban.


Ada 1 lagi petua....

Ambil sebiji kelapa tua diparut dan ambil santan pekatnya. Didihkan hingga keluar minyak. Tuangkan minyak itu ke dalam botol dan rendam bersama halba. Gunakan minyak ini setiap hari. Uban anda akan berkurangan dan rambut anda akan hitam semula.

Selamat Mencuba!

8 comments:

cikguden said...

perfume teh nie. hehe

khairul said...

terima kaseh mama..petua yg no 1 senang skit nk ikut..blk nanti nk suruh wife tolong buatkan

IMANSHAH said...

erm, bagus ni

Azura said...

nice info :)

muse said...

tq sebab share petua ni bole ler gua try nanti

tunz said...

try petua2 ni..kena besabar juga yer..bukan sekali buat dah selesai problem u all tu kan...

Khairil said...

petua yang berguna ni..

caliph shuriken said...

sy sjak skolah rendah dh ada uban, huh...