HALAMAN

Saturday, October 8, 2011

FAKTA MENARIK TENTANG TIDUR

a. Perkara yang berlaku ketika tidur: Otak berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon tertentu.

b. Masa tidur bergantung kepada umur iaitu:
... bayi : 16 jam
3-18 tahun : 10 jam
19-55 tahun : 8 jam
lebih 55 tahun : 6 jam

c. 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.

d. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.

e. Parasomia atau dalam istilah kasar nya ‘tidur berjalan’ banyak dilaporkan dan selalunya terlibat dgn beberapa jenayah seperti Memandu ketika tidur, menulis cek tendang, pembunuhan, penganiayaan terhadap kanak-kanak, dan yang paling buruk sehingga boleh merogol orang.

f. 12% daripada mimpi kita selalunya adalah black and white. Peratusan ini pernah menjadi sangat tinggi suatu ketika dahulu sebelum TV warna dicipta. Kaitannya, TV juga mempengaruhi mimpi anda.

g. Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah personaliti.

h. Posisi anda tidur boleh menunjuk personaliti anda:
1. Bayi - seorang yang kasar tetapi hati yang sentiasa terbuka.
2. Kayu balak - suka bersosial
3. Mengiring biasa - suka berpura-pura untuk nampak seperti boleh diharapkan
4. Baring menegak - Boleh dijadikan tempat mengadu
5. Meniarap - menghiburkan
6. Starfish - pendengar terbaik

i. 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan

j. Tentera British adalah yang mula memperkenalkan kaedah untuk tidak tidur dengan menggunakan cermin mata istimewa itu, apabila seseorang menjadi mengantuk, sinaran secerah mentari pagi akan memancar ke mata pengguna dan menyebabkan mereka terasa ingin bangun semula. kaedah ini boleh bertahan hampir 36 jam lamanya.

k. Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2jam), rusa (3jam) dan gajah Asia (3jam lebih sikit).

l. Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.

m. Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.

m. Orang yang buta juga bermimpi. mereka yang buta semenjak lahir akan bermimpi dari segi emosi, bunyi, bauan dan sentuhan.

n. Selepas 5 minit terjaga, anda akan terlupa hampir 50% dari mimpi anda malam tadi, dan selepas 10 minit, 90% akan hilang.

3 comments:

Roti Telur said...

wahh, dapat ilmu skit dekat entri ni, huhu, timakasih share :)

tnZackJ said...

kalau org yang tido merangkak tu mcm mana pulak

IMANSHAH said...

erk posisi tidur tu saya tak percaya