HALAMAN

Tuesday, October 11, 2011

Pilihan Petua Untuk Menghalau Lalat

Pilihan1:
Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.

... Pilihan 2:
Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.

Pilihan 3:
Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.

Pilihan 4:
Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet , dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan..

Pilihan 5:
Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.

6 comments:

IMANSHAH said...

Salam, tq perkongsian..alhamdulillah rumah saya x da lalat, nyamuk banyak

tunz said...

wahhh itu mesti byk sampah sarap tak????wat lah gotong royong

Abg Ijal said...

Tu laa dia, ada satu lg petua...JAGALAH KEBERSIHAN RUMAH KITA atau di mana saja kita berada!

Tapi kan, ada perasan tak? bila dh dekat musim haji selalunya mesti ada byk lalat. Apa natijahnya ek?

Cikgu Badar said...

boleh cuba ni

yanmaneee said...

supreme
kd shoes
nike air max 2017
yeezy
golden goose outlet
nike shoes
louboutin
goyard tote
supreme t shirt
supreme

tice said...

top article cheap designer bags replica he has a good point replica bags view it replica ysl handbags