HALAMAN

Monday, November 21, 2011

BELIA KE??

Assalamualaikum semua, korang bacalah citer mama ni....
Semalam mama hadir di perjumpaan pemimpin belia bersama Ketua Menteri Melaka,  YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Rustam . Jam 8 mama tiba bersama ckgu Sarimah,waktu tu hujan renyai2...1st sessi taklimat isu-isu semasa oleh Ustaz Tajudin Osman bin Abdullah,Penolong Pegawai penerangan JASA..Seterusnya ucapan drp YB Datuk Gan Tian Loo ,Pengerusi Jawatankuasa pelajaran,belia dan Sukan Negeri Melaka. sesi jamuan sementara menunggu KM tiba.....jam 9.52mlm beliau tiba dan nyanyian lagu Negaraku,Melaka Bersejarah,Melaka Maju 2010.

Selepas sesi ucapan KM, ada sesi soal jawab, biasalah ada mcm2 pertanyaan...yg mama x brapa selesa ialah asik2 depa ni kuar tanye peruntukan la, minta 1 rumah bila tmn perumahn dibina lah..kononnya untuk dijadikan bilik gerakan belia..mama pon heran, kan dah ada balai2 raya yang boleh digunakan...ada gak yang siap mintak jawatan atau 'post' untuk 1 wakil belia dalam JKKK kampung..apa ke teruknya..jwatan tu x yah di mintak mcm tu...korang wat lah projek atau program yang boleh 'membukak mata' JKKK tu, pasti JKKK akan pandng gerakan belia tempat korang kan..mama malas nk cite pnjg2..nnti jadik hangat pulak..apa2 pun mama harap pemimpin2 belia bekerja dgn ikhlas dan tanggung jawab lah....bukan hanya kerana nak nama jer kan....


tapi pelik jugk tu..bila mama upload pic mama kat fb ..ada kwn2 tanye..mama ni masih belia ker..so korang bacalah kat bawah ni yer....mama pon kompius jugak sbnrnya ni...tgk pic kejadian semalam dulu lah yer

gambar mama x ada sbb mama snap gmbr dia org je dr tempat duduk mama....

Azizan Bahari (1995) mengatakan, definisi sekarang yang menyatakan lingkungan umur antara 15 hingga 40 tahun sebagai belia itu adalah luas. Barangkali yang sesuai adalah antara 13 hingga 30 tahun. Ia adalah satu lingkungan umur yang sesuai dipanggil belia, walaupun masih terdapat beberapa hal yang berbeza daripada aspek tahap bersekolah, mencari kerja, memulakan kerjaya, berkenalan, mencari pasangan hidup, berumah tangga dan sebagainya. Biasanya, individu yang berusia lebih daripada 30 tahun sudah berkeluarga. Manakala mereka yang berusia lebih daripada 35 tahun, meletakkan kerjaya di samping masa depan keluarga sebagai fokus hidup.


Dalam buku Pembentukan Generasi Belia Selangor 2005: Satu Pengamatan, belia ditakrif berdasarkan peringkat umur dari 15 hingga 40 tahun. Julat umur di antara dua umur ini agak tinggi bagi memasukkan mereka dalam program pembangunan yang sama.


Keperluan golongan awal belia dan golongan akhir belia adalah berlainan. Oleh sebab itu, lebih baik mengkategorikan mereka mengikut kelompok berdasarkan faktor umur dan ke- giatan utama status hidup mereka, bagi menyediakan program pembangunan untuk mereka. Mereka dapat dibahagikan kepada kelompok berikut:

1. Golongan belia remaja. Rata-rata kumpulan ini masih di bangku sekolah. Antara beberapa perkara yang perlu ditekankan pada kumpulan ini adalah mendidik nilai, memupuk jati diri, di samping mendedahkan mereka dengan senario yang berubah dan impaknya ke atas mereka. Remaja yang mengalami krisis dan konflik identiti perlu dibimbing menerusi Program Rakan Sebaya atau menjinakkan mereka dengan kaunseling remaja.

2. Golongan belia institusi pengajian tinggi atau penuntut (18 hingga 25 tahun). Golongan ini terdiri daripada penuntut yang berada di institusi pengajian tinggi dan lepasan sekolah menengah. Mereka mula memasuki alam lebih bebas daripada kawalan ibu bapa mahupun peraturan sekolah. Pada peringkat ini, mereka perlu ditekankan dengan moral yang tinggi dan memupuk hubungan sihat apabila bergaul.

3. Golongan belia awal pekerjaan (18 hingga 23 tahun). Golongan ini perlu didedahkan dengan pelbagai peluang memajukan diri dalam bidang yang mereka ceburi. Galakan belajar dan menimba pengalaman perlu diutamakan. Di samping itu, program yang dapat meningkatkan kesedaran sosial yang sihat perlu diusahakan dan dilaksanakan.

4. Golongan belia industri (20 hingga 30 tahun). Sektor industri kini menyediakan peluang kerja yang tinggi di Selangor. Belia perlu diberi peluang meningkatkan diri dalam hal yang berkait dengan keperluan kemahiran bekerja dan membangunkan insan. Gerakan dan usaha memulihkan imej pekerja industri perlu diutamakan dengan meletakkan mereka pada posisi yang lebih baik daripada segi nama dan kehidupan sosial mereka.

5. Golongan belia veteran (30 hingga 40 tahun). Biasanya golongan ini sudah berumah tangga dan lebih menumpukan pada usaha mengukuhkan pendapatan keluarga serta mendidik anak-anak. Mereka ini lebih matang dan ada tanggungjawab yang lebih tinggi pada keluarga.


Program membangunkan golongan ini perlu ditumpukan pada usaha meningkatkan kualiti hidup serta mengukuhkan institusi keluarga.Menurut Azizan Bahari (1995), definisi sebagaimana yang dinyatakan di atas adalah luas dan tidak sesuai lagi bagi masyarakat kita yang cepat berkembang. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (khasnya ESCAP) menggunakan lingkungan umur antara 15 hingga 25 tahun, manakala Commonwealth Youth Programme (CYP) pula menganggap kumpulan umur 18 hingga 35 tahun sebagai belia. Walaupun pelbagai interpretasi dikemukakan apabila membincangkan isu belia, definisi yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan dijadikan fokus yang dibincangkan dalam kajian ini bagi mengikut ketetapan masyarakat yang selari dengan Kementerian Belia dan Sukan. Hal ini memudahkan kita memahami dan menyusun strategi selari dengan matlamat membangunkan belia negara.Cukup umur atau balighDaripada perspektif Islam pula, belia dikaitkan dengan umur baligh. Di dalam al-Quran ada disebut perkataan fata dan dalam hadis pula disebut perkataan syabab. Kedua-duanya membawa maksud pemuda atau belia, (Abdul Ghafar Hj. Don, 1996).


Menurut Islam, manusia ditentukan kewajipan melaksanakan tanggungjawab kepada Allah, rasul dan masyarakat. Justeru itu, Islam menetapkan usia baligh dan akal sempurna sebagai faktor penentu. Menentukan umur baligh penting bagi menentukan sama ada remaja itu sudah sampai tahap mukalaf ataupun tidak. Mukalaf bermaksud orang yang sudah cukup umur dan diwajibkan mematuhi hukum-hakam Islam. Mereka dipertanggungjawabkan ke atas segala tingkah laku serta perbuatan mereka. Dalam satu hadis Nabi Muhammad berkata, mafhumnya: “Terangkat kalam (catatan amal) daripada tiga perkara, daripada orang yang tidur sehingga ia terjaga, daripada kanak-kanak sehingga ia bermimpi dan daripada orang gila sehingga ia berakal.” (Sunan Abu Daud, t.th)Menurut ahli perundangan Islam, syarat pertama bagi menentukan baligh dilihat pada lima perkara. Tiga untuk lelaki dan dua untuk perempuan. Tanda baligh bagi lelaki adalah bermimpi berserta keluar mani, pertumbuhan fizikal badan dan bersuara garau atau kasar. Bagi perempuan pula apabila datang haid dan mengandung (Abu Abdullah Muhammad, 1967).


Menurut Imam Syafie, umur baligh bagi perempuan ialah 10 tahun qamariyyah. Lelaki pula ialah 12 tahun qamariyyah (Abu Abdullah Muhammad, 1967). Namun begitu, sama ada cepat ataupun lambatnya umur baligh individu dipengaruhi oleh keadaan serta persekitaran di mana kanak-kanak itu berada.


Menurut Jabatan Perangkaan, jumlah mereka yang berumur antara 15 hingga 24 tahun pada tahun 1995 ialah 3.79 juta (18.89 peratus daripada jumlah penduduk 22.43 juta). Manakala dalam Kertas Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara (1995) pula, dinyatakan jumlah penduduk yang berumur antara 15 hingga 39 tahun pada tahun 1995 adalah 8.39 juta (41.80 peratus), dan pada tahun 2000 adalah 9.25 juta (41.24 peratus).Selepas menjelaskan definisi remaja dan belia, dapat dirumuskan ketetapan masyarakat yang selari dengan Kementerian Belia dan Sukan perlu diutamakan bagi memudahkan pendekatan, perbincangan dan perbahasan di dalam buku ini. Istilah remaja dan belia disatukan dan dikupas secara menyeluruh. Perbincangan pula difokuskan mengikut tahap umur apabila perlu bagi mengkategorikan belia menurut tahap perkembangan.
Selepas sesi ucapan KM, ada sesi soal jawab, biasalah ada mcm2 pertanyaan...yg mama x brapa selesa ialah asik2 depa ni kuar tanye peruntukan la, minta 1 rumah bila tmn perumahn dibina lah..kononnya untuk dijadikan bilik gerakan belia..mama pon heran, kana dah ada balai2 raya yang boleh digunakan...ada gak yang siap mintak jawatan atau 'post' untuk 1 wakil belia dalam JKKK kampung..apa ke teruknya..jwatan tu x yah di mintak mcm tu...korang wat lah projek atau program yang boleh 'menbukak mata' JKKK tu, pasti JKKK akan pandng gerakan belia tempat korang kan..mama malas nk cite penjg2..nnti jadik hangat pulak..apa2 pun mama harap pemimpin2 belia bekerja dgn ikhlas dan tanggung jawab lah....bukan hanya kerana nak nama jer kan....


tapi pelik juagk tu..bila mama upload pic mama kat fb ..ada kwn2 tanye..mama ni masih belia ker..so korang bacalah kat bawah ni yer....mama pon kompius jugak sbnrnya ni...tgk pic kejadian semalam dulu lah yer

Dipetik daripada: Petikan Bab 1, buku Menjadi Belia Cemerlang oleh Muhamad Ismail Mustari

4 comments:

afzalsukasuki said...

kiranya tahun depan la mama last jadi belia ye?hehehe

محمد رازيق said...

hehe.. mama muda lagi, boleh jadi belia lagi ni.. hehehe.. jmput dtg blog sy..

tunz said...

yer la afzal...tpi mama masih berpersatuan...pandu puteri seumur hidup..afzal nk daftar jdik sukarelawan tak...leh join xtvt kami..hihihi bila diperlukan jer la yer..sbb ahli2 semuanya gadis2 cute..ko kan suker...tak gitu ????hahha

tunz said...

tq mohd razik..salam ukhwah