HALAMAN

Wednesday, December 28, 2011

30 Tips Mudah Untuk Ubah Sikap

Assalamualaikum semua...Macammana nak ubah sikap dengan mudah? Dia kata dah puas dia berusaha untuk berubah. Tapi tak berjaya sampai sekarang.
 Untuk ubah sikap tak begitu mudah. Kita perlu tekan nafsu, lawan perasaan. Dan ini bukan kerja mudah.
Walau tak mudah, tapi tak juga susah. Dengan cara befikir dan tindakan yang betul, insyaAllah sesiapa saja mampu  ubah sikap menjadi lebih baik.
ubah sikap jadi lebih baik
Baiklah,  dikongsikan dengan anda beberapa (30) tindakan yang boleh anda buat untuk ubah sikap anda.

Untuk berubah :
  1. Anda kena ubah cara fikir.
  2. Fikir hanya perkara positif.
  3. Anda perlu fokus benda yang positif dalam hidup.
  4. Lihatlah hikmah atau kebaikan dalam setiap perkara.
  5. Berhenti melihat keburukan.
  6. Berhenti melihat keburukan orang.
  7. Jangan lihat kesalahan orang lain.
  8. Jangan terasa diri tu bagus sangat.
  9. Jauhi sikap sangka buruk.
  10. Anda kena pandai untuk menghargai sesuatu
  11. Belajar menghargai orang lain.
  12. Hargai jasa kawan.
  13. Buang sikap suka berlengah lengah.
  14. Tanamkan sifat suka buat “ON TIME” ( segera ).
  15. Cuba bisikkan pada diri perkataan ini setiap hari “LAKUKAN SEKARANG”. Berhenti daripada sikap suka bertangguh.
  16. Pandang kebaikan pada setiap perkara.
  17. Jangan suka mengkritik orang.
  18. Jangan kutuk orang lain.
  19. Jadilah orang yang optimist
  20. Cakap yang baik saja.
  21. Banyakkan cakap pasal kebahagiaan, pasal kesihatan, pasal hikmah, pasal kelebihan dan pasal kesyukuran.
  22. Ucap syukur dalam semua perkara.
  23. Redha dengan ketentuan Allah.
  24. Jangan sangka buruk dengan Allah.
  25. Sentiasa minta ampun pada Allah atas segala kelemahan dan kelalaian.
  26. Maafkanlah orang lain.
  27. Doakan kebaikan untuk orang lain juga.
  28. Cuba senyum dan ceria selalu.
  29. Jaga tutur kata, ucapkan yang baik-baik saja.
  30. Betulkan cara fikir. Hanya fikirkan kebaikan.
Cuba lakukan sedaya mungkin semua 30 perkara diatas. Kalau tak dapat buat semua, jangan pula tinggalkan semua.
sumber:pakarthowto

7 comments:

gedek! said...

mulakan sekarang!

Razif Mokji said...

kene pilih mana yang sesuai ni

BisMi Aishah said...

bagus laaa

boleh laaaa ikut cara nie..heee

Prettywrite said...

bukan mudah nak ubah sikap yang dah sebati dengan diri kita..yang penting tetapkan matlamat..saya pun nak jadi lebih baik..:)

tunz said...

gedek>>> jom uncle kita mulakan...NOW!!!

Razif>>> ikut mana yang dirasakan perlu

Bis Mi>>> semoga ia jadi panduan

Preety White>>>kita cuba amalkan perlahan2

fazli said...

Bgus juga idea ni

arieon said...

Berusaha dan kena sabar. =)