HALAMAN

Thursday, December 8, 2011

Jampi Untuk Kurangkan Sakit Kepala

Assalamualaikum semua...akhir2 ini mama agak kerap sakit kepala..may be disebabkan asyik dok mengadap skrin laptop ni kan...so..bila mama ke blog pakarhowto ...


Siapa selalu sakit kepala @ migrain? Kalau anda migrain, apakah yang anda buat untuk kurangkannya? Makan ubat? Telan panadol? Baring dan tidur? Ada tak rawatan alternatif yang anda pernah cuba?
sakit kepala
Dalam entri kali ni mama nak kongsi dengan anda 1 cara rawatan untuk menghilangkan migrain mengggunakan ayat-ayat Quran. Ia adalah rawatan Islam yang berkesan dan mujarab insyaAllah. Dengan syarat, anda mesti benar-benar yakin pada keberkatan ayat-ayat suci al-Quran dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah, Tuhan sekalian alam, yang Maha Pengasih.
So, bagi yang sakit kepala (migrain), sila cuba cara rawatan ini. Amalkan ayat-ayat berikut :

1. Baca Surah Al-Fatihah (1x)
2. Baca Ayatul Kursi (3x)
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3x)
4. Baca Surah Al-Falaq (1x)
5. Baca Surah An-Nas (1x)
6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3x)
7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3x)
* Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.
Yang paling penting ialah keyakinan, penyerahan yang bulat dan tauhid pada Allah s.w.t. Sebab Allah lah yang Maha Penyembuh.

11 comments:

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Thx for sharing mama..sgt berguna ni..hubby lily memang selalu migrain..asyik maka ubat jer..takut juga ada kesan sampingan nnt..

HAW said...

berbekam pun berkesan.. tp klu sekali sekala sakit kepala takyah laa berbekam.. tp klu kerap sangat, berbekam sangat2 berkesan

L said...

semoga beramal dengan nya.. huhuhu

jom baca kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/aku-sayang-parent-aku-korang.html

Ayie Abas said...

mudah laa mcm ni...kesemua ayat2 dlm entry ni memang selalu dibaca...

terima kasih mama tunz...boleh cuba. ^__^

kpah k-poh said...

http://effa-k-poh.blogspot.com/2011/12/beberapa-blog-lagi-di-review-di-gomofm.html#links

amranaiman said...

:D terima kasih berkongsi :)

hanaahmad said...

terima kasih. nanti nak cuba!

Gen2Merah said...

waahhh, macam tu rupaanya.. indahnya islam kan.. nanti saya akn cuba baca surah2 tu kalau ada apa2 masalah sakit kepala

Mia Liana said...

wahhhh... belum cuba lagi yang ni. setakat ni kalau pening, skit2 aje. takde la sampai leh migrain...

p/s: boleh dicuba petua ni. terima kasih ya...

ROHANI MOHD NOR said...

TERIMA KASIH KPD SEMUA YG BACA ENTRI NI...SEMOGA KITA SEMUA DAPAT AMALKANNYA.INYSAALLAH BERKESAN

ROHANI MOHD NOR said...

TQ JUGAK KPD KAK TUNZ YG SEHARIAN SEMALAM DAN HARI NI(JUMAAT)BINA BLOG UNTUK ASSGNMNT SAYA...