HALAMAN

Sunday, January 15, 2012

LOBAK a.k.a. CARROT

 Assalamualaikum semua, hari ini mama nak kongsikan info tentang lobak yang mama dapat dari rakan fb..almaklumlah mama juga memelihara arnab..
selain memberi makanan yang dibeli di kedai,mama juga beri mimi dan momo makan lobak..baby momo belum boleh makan lobat lagi..
mata pun belum buka..nak tengok baby momo lihat SINI 

LOBAK PUTIH
Lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.

Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik. Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

 


 LOBAK MERAH
Lobak merah merupakan sayur yang mempunyai banyak khasiat .Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyankit. Ia juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxic dalam badan .

Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan ia juga digunakan untuk baiki keadaan kulit kita. Lobak merah adalah amat berguna untuk mengurangkan masalah sakit jantung , diarrhea , dan juga mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan.

Selain itu lobak merah juga kegunaannya memanaskan badan. Ia juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

6 comments:

ida =) said...

lobak putih tu, utk kencing manis pun bagus. cuma, tak berapa suka rasa dia....

carrot.... sedap!

suri solehah said...

mcm2 khasiatkan,,akak makan jugak buat sup sbb ada org petua.banyakkan susu

Muttallif said...

Nak licinkan kulit, makan lobak merah hari-hari? Anyway, Terima kasih Cikgu! Cikgukah kamu?

Unknown said...

kalau pasal carrot ni, diana lebih suka lobak merah.. lobak putih tak suka rasa dia.. :)

yanmaneee said...

air jordan
chrome hearts online store
curry 7
pg 1
kd 12
nike air max 2017
vans shoes
kate spade handbags
yeezy boost 350
jordan 13

shete said...

you can try here Dolabuy Valentino navigate to this website aaa replica bags site dolabuy louis vuitton