HEADER BLOG MAMA TUNZ
'gurukah aku' dipilih sebagai tajuk atau nama bagi blog ini adalah
kerana pada pandangan mama, setiap daripada kita merupakan seorang guru.
Dalam agama Islam turut menyatakan bahawa
waima seseorang itu mengajar walau hanya satu huruf, yakni ALIF, maka
beliau boleh digelar guru.
'gurukah aku' dipilih juga adalah sebagai ingatan kepada diri mama sendiri,
adakah sudah cukup apa yang selama ini mama taburkan untuk anak-anak didik mama,
adakah setelah mereka sudah berjaya mendapat A,
mama sudah dikira berjaya sebagai seorang guru,
pada pendapat mama,
guru bukan hanya sebagai satu kerjaya,
malahan ia adalah satu amanah dan tanggungjawab yang besar.
Setiap detik saat mama bersama murid-murid tidak kira dalam kelas,
di padang, semasa perkhemahan,semasa sukan, ke mana-mana sahaja,
mama akan pastikan mereka mendapat pengalaman
yang akan mereka bawa dan aplikasikan semasa mereka membesar
dan menjadi generasi pada masa hadapan...
di sini juga mama kongsikan segala kisah suka dan duka
dalam kehidupan seharian mama dan di sekolah...
wah..dah panjang berceloteh pulak mama ni..apa-apa pun harap melalui blog ini
akan merapatkan ukhwah sesama kita semua.
KEPADA YANG INGIN SERTAI SEGMEN INI SILA KLIK SINI
TARIKH TUTUP: 6 FEB. 2012
3 comments:
mama tunz, terharu baca entry ni. rase mcm nak belajar dgn lebih tekun lagi. kalau guru da semangat camni, tersangat lha rugi bila anak didik tak nampak semua ni kann ? :')
btw, mekasih join :)
sama kita berkongsi.tiap individu punya keistimewaan sendiri.hargai dirimu.
salam kenalan...:) da follow...
jemput dtg cni :)
http://alynnnyzaa.blogspot.com/2012/01/segmen-promosi-header-dan-nama-blog.html
Post a Comment