HALAMAN

Tuesday, February 21, 2012

CARA HAFALAN YANG BETUL


Assalamualaikum semua, mari kita kongsikan tip cara menghafal yang betul..
Belajar bukan saja memerlukan tumpuan penuh namun pemahaman mendalam mampu melonjakkan prestasi pencapaian, sekali gus membantu pelajar menjadi lebih cemerlang.

Satu kaedah digemari untuk mempertajamkan pemahaman ialah melalui hafalan. Namun jika tidak dilakukan dengan cara betul akan menyebabkan pelajar mudah lupa dan bertambah pening. Justeru, cara hafalan yang betul
ialah:

1. Menggunakan gambar sebagai memori - Tukarkan maklumat diperoleh dalam kelas atau kuliah kepada gambar dan membuatkan anda lebih ingat berbanding mendengar saja. Ketika guru sedang mengajar, gunakan minda anda untuk menukarkan apa yang diperkatakan kepada gambar. Ini akan menjadikan anda lebih mudah mengingati.

2. Berikan tumpuan penuh semasa menghafal - Jangan alihkan tumpuan dengan melakukan perkara sampingan seperti menonton televisyen, mendengar radio, menghantar khidmat pesanan ringkas dan sebagainya ketika menghafal. Anda hanya membazir masa kerana akan hilang fokus.

3. Buat berulang-kali agar hafalan menjadi menjadi mantap - Anda perlu membuat hafalan berulang kali hingga faham. Jika masih samar, ulang semula hingga benar-benar ingat dan mendapat gambaran jelas. Selepas itu tulis apa yang dihafal itu bagi memastikannya berkekalan di minda.

4. Mula belajar sejak awal - Belajar pada saat akhir bukan saja akan membebankan otak malah membuatkannya tidak mampu menerima maklumat secara berkekalan. Anda juga akan berasa tertekan menyebabkan hafalan bercelaru.

5. Mengulang kaji sedikit-sedikit - Hafalan tidak boleh dilakukan dalam kuantiti banyak kerana daya mengingat manusia adalah terhad. Lebih baik fokus pada sesuatu dalam kuantiti kecil selain membuat ulang kaji secara berterusan.

6. Buat nota ringkas - Sediakan nota ringkas yang menarik serta dihiasi gambar untuk membantu anda ‘gembira’ ketika meng¬ulang kaji.

5 comments:

Muhamad Azam said...

suka entry ni.. jangan segan lawat blog saya dengan kesengalan haha

Unknown said...

bab nak bg tumpuan tu susah sikit sbb banyak godaan di sekeliling hehe

Ce'gu JAERA said...

tips dan panduan yang berguna untuk murid2 sekolah dan pelajar2 IPT

Syamilsynz said...

no 3 tu bgus..buat brulang-ulang kali supaya jadi mantop..hafal al-Quran pun mcm ni..harap diri ini juga dpt mnhafal dgn mudah..

Mia Liana said...

heheheh... mia main hafal je... lepas exam terus lupa... hehehe