HALAMAN

Friday, March 16, 2012

8P KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA

Assalamualakium semua..musim cuti sekolah akan berakhir...masa cuti ni ramai yg mendirikan rumahtangga.Mari kita kongsikan beberapa panduan...untuk semua..

1. 'PUJI' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. 'PELUK' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. 'PENGHARGAAN' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. 'PERHATIAN' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. 'PERSEFAHAMAN' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. 'PERGAULAN' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. 'PERCUTIAN' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. 'PERMOHONAN' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Sumber : Blogger

1 comment:

hyz said...

setiap pasangan suami isteri kn amalkan 8P ni... baru harmoni =)