HALAMAN

Saturday, March 10, 2012

CONTEST SINOPSIS 'SAYANG CIKGU KETAT-KETAT'

 

             Ranjau dalam perjalanan hidup Nurul Anis di awal usia remajanya amat menguji kekuatan dirinya untuk melawan segala kepayahan bagi  meneruskan pelajaran atas sebab kemiskinan keluarganya. Ketabahan dan kekuatan semangat Nurul Anis untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran telah menarik perhatian Cikgu Safarin yang sering hadir meringankan beban Nurul Anis. Sebagai seorang guru yang berniat untuk membantu pelajarnya telah menimbulkan pelbagai tohmahan orang sekeliling terutamanya semasa dia  di sekolah sehingga mereka ditegur dan dinasihati oleh pentadbir sekolah.

               Setelah berbincang dan mendengar nasihat bapanya  Nurul Anis menerima lamaran Cikgu Safarin."Kalau dah jodoh tidak akan ke mana.."Akhirnya Nurul Anis  mendirikan rumahtangga bersama Cikgu Safarin. Nikmat kebahagiaan dalam melayari bahtera perkahwinan mereka hanya pada awalnya sahaja, sehingga muncul bekas tunangan Cikgu Safarin iaitu Aida. Pelbagai cara Nurul Anis menguji kesetiaan dan kasih sayang Cikgu Safarin terhadapnya. Jelas menunjukkan bahawa Cikgu Safarin benar-benar ikhlas mencintai Nurul Anis.

                   Kekerapan Aida menghubungi Cikgu Safarin mengundang rasa cuak dan cemburu Nurul Anis sehingga satu ketika Nurul Anis meminta untuk berpisah. Konflik rumahtangga Nurul Anis dan Cikgu Safarin digegar lagi apabila Cikgu Safarin koma setelah terlibat dalam kemalangan yang telah mencederakan otaknya. Tambahan pula, Aida turut mendakwa yang Cikgu Safarin ingin memperisterikannya....Adakah benar  dakwaan Aida  itu?...

               Apakah kesudahan novel Sayang Cikgu Ketat-Ketat ini? Bagaimanakah Nurul Anis menghadapi segala dugaan dalam kehidupana rumahtangganya bersama Cikgu Safarin?
Teruskan membaca dan menjiwai novel tersohor karya mrs yie. 

PENAJA HADIAH BAGI CONTEST INI IALAH
  1. MR.YIE
  2. ABG TEROR
  3. WANCIKGUMUZIK
  4. ZN SERI ADUNAN ENTERPRISE
  5. JOSREVALUTION
  6. HARU ELIE
WAJAH-WAJAH SPONSOR YANG KACAK DAN COMEL : -

7 comments:

rafina mimi abdullah said...

salam mama..time kasih sudi join..3 kali saya ulang baca sinopsis ni..mama rasa dah ok ke ni? atau masih ada lagi point2 penting yg tertinggal?hehehe..saya bagi peluang utk mama betulkan sekiranya mama rasa nak tambah apa2..masih sempat lagi ni kalau nak tambah apa2 sebelum jam 12 mlm ni.. :)

tunz said...

ok..jap g mama edit semula...anta n amik ank2 tusyen pulak...huhu..menjelang 12 mlm nih pasti bereh...

rafina mimi abdullah said...

hah..rasanya yang ni lebih best dari tadi..ada penambahan rasa di situ..hihi..tunggu keputusannya nanti ye mama :)

tunz said...

redha jer....apa2pun ..mama bangga dgn kamu.

Puan Kutu said...

dtg melihat sipnopsis mama..gudluck tau..hadiah pasti menjadi milik kita sbb peserta pun 6 org je.hehe..

yanmaneee said...

off white jordan 1
yeezy shoes
balenciaga sneakers
golden goose
longchamp handbags
golden goose shoes
yeezy boost 350
supreme clothing
balenciaga sneakers
nike sneakers

phabee said...

click over here d2t28u7v00 replica bags online replica bags wholesale mumbai u0p69o4o50 replica bags in china why not try here s4o60s8x32 replica bags turkey replica bags wholesale mumbai gucci replica handbags t9j49e1d81 replica bags gucci