HALAMAN

Tuesday, March 13, 2012

Hati-Hati Panggilan Palsu Pos Malaysia

Assalamualaikum semua, hati-hati yer...kita kongsi bersama...

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Bhd. (Pos Malaysia) meminta orang ramai supaya berhati-hati terhadap satu aktiviti penipuan dengan menggunakan nama organisasi tersebut.

Pos Malaysia melalui satu kenyataan media memberitahu, pihaknya menerima beberapa aduan pelanggan mendakwa dihubungi pihak tertentu yang menyamar sebagai kakitangan Pos Malaysia.

“Individu tidak bertanggungjawab ini meminta pelanggan memberi maklumat peribadi mereka kononnya untuk menguruskan penghantaran dokumen penting termasuk dokumen yang dihantar oleh Mahkamah Tinggi,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Pos Malaysia tidak pernah meminta maklumat seperti itu daripada pelanggan mereka untuk urusan surat daripada pihak mahkamah malah tidak pernah diberi kuasa untuk berbuat demikian.

Justeru, kata kenyataan itu, orang ramai yang menerima panggilan seperti itu diminta supaya berhati-hati dan menghubungi Khidmat Pelanggan Pos Malaysia di talian 1-300-300-300 untuk membuat semakan jika perlu.

“Mereka yang telah menjadi mangsa kepada kegiatan ini diminta melaporkannya kepada pihak polis,” tambah kenyataan itu.

8 comments:

Masjid Andalusia said...
This comment has been removed by the author.
Shaiful Zaidi said...

salam..la ni mmg kena hati2. mcm2 berlaku...huhuhu

Unknown said...

takutnya,.. kena hati2 ni..

bicara mak dara said...

macam macam kes menipu skrg ni kan ish3..

tunz said...

ye la....kita memang sentiasa berhati2 sekarang nih

shahdiana said...

ada jugak orang terpikir nak buat keje merepek macam ni..

caliph shuriken said...

mcm2 topeng penipu skrg ni...

Azhafizah MN said...

sekarang ni macam macam kes leh jadi..memang perlu berhati hati dan kene beringat selalu.