HALAMAN

Thursday, March 15, 2012

kenali tunang anda

*Cara Paling Mudah & Praktikal Bagaimana Untuk Pastikan Tunang @ Pasangan Anda Seorang Yang Betul2 Baik Atau Bermasalah*

Pertama korang kena pastikan lokasi tempat tinggal pasangan korang, adakah mereka berada di Sabah? Terengganu? Atau di mana mana sahaja, lepas tu sila rujuk lokasi mereka dengan jadual waktu solat dengan klik pada web web Islamic, boleh kilik di sini.

Ok, sekarang, lepas 5 minit masuk waktu solat di lokasi pasangan anda berada, cuba telefon (atau suruh muhrim telefon) dan dengar jawapan pasangan anda.

Jawapan A: Rindu kat abang ke? Sedang buat apa tu, kitapun rindu kat awak.

Jawapan B: Saya baru nak makan, awak dah makan?

Jawapan C: Saya baru nak tidur, terima kasih telefon saya kerana nak teman saya tidur.

Jawapan D: Saya baru nak solat, awak uzur ke? Telefon lagi 15 minit, insyAllah.

Jawapan E: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS, “saya solat tadi. Kenapa?”

Jawapan F: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “Tolong jangan telefon saya selepas azan, kerana saya ada temu janji dengan Tuhan.”

Jawapan G: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “saya solat di masjid tadi, jika mahu bincang pasal kahwin saya akan call sekarang, jika tiada apa apa, baik SMS sahaja,.”

Dah selesai hubungi tunang anda selepas 5 minit azan selama tiga hari bertutut turut?

******

Beikut adalah KEPUTUSAN kepada ujian telefon 5 minit selepas azan di atas:

Jika jawapan A:

Sah belum sempurna iman tunang kau, sebab solat lengah lengah dan tak rasa bersalah, sebaliknya ghairah nak bercakap tentang cinta dan kasih sayang, jap lagi jika di layan, akan cerita dalam kain lah tu, astarfrullahal azim..

Jika jawapan B:

Belum jelas jugak akan tahap iman tunang awak, sebab makan dulu baru solat, mungkin tunang akan cakap, saya jika tak makan, nanti solat tak khusyuk, tapi jawapan orang yang beriman, saya tak boleh nak khusyuk untuk makan sebab teringat pada solat. Woha!

Jika jawapan C.

Ni lagi sekor, dah azan pun nak tidur dulu? Memang naya dapat tunang macam ni. Putus sahaja!

Jika jawapan D:

Alhamdullilah, ada ciri ciri orang beriman. Kan sedap ‘bunyi’nya.., kan?

Jika jawapan E:

Alhamdullilah, lagi bagus dari D, sebab SMS sahaja, jaga aurat, jaga adab, jaga akhlak. Tahniah!

Jika jawapan F dan G: Markah penuh! Sangat sesuai dijadikan suami.

#Dipetik dari blog Hamka (KeretaMayat.blogspot)

8 comments:

Ce'gu JAERA said...

hihihihi.. kena betul dengan saya... malu nak bg jawapan saya nanti riak plak jawabnya.. yang pasti waktu2 azan dan time solat macam tu saya tak nak balas sms sesiapa...

IntaNBerliaN said...

Alhamdulillah.. bertuah sapa dapat cikgu gen2merah ni.. :-)

Ayie Abas said...

sentiasa mengutamakan solat berjemaah.

IMANSHAH said...

tu dia...saya pun baik..sapa nak bertunanag ngan saya?? huhu

Admin said...

Pilihlah yang beriman ^^

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ said...

Nice mama..
Melawat Followers Mr Coll & Mrs Kepoh..Selamat majujaya

Puan Kutu said...

seuai sgt entri nie oada bujang2 diluar sana..:)

caliph shuriken said...

xde calon utk bertunang.. cmner tu mama? hukk...