HALAMAN

Sunday, March 18, 2012

Mengapa Bulu Mata Selalu Gugur

Assalamualaikum..selalunya orang kata kalau bulu mata ada yg gugur, ada insan yg merindui kita..betul ke??

Kehilangan sehelai bulu mata sudah cukup membuatkannya aneh dan runsing. Mungkin sebagai lelaki, saya menganggap keguguran itu remeh, tetapi amat dirasakan oleh seorang wanita. Kecantikan adalah senjata utama bagi memikat hati suami.

Bulu mata (eyelashes) adalah sebahagian dari bulu yang tumbuh pada badan seseorang. Ia berfungsi sebagai struktur yang menghalang habuk daripada memasuki mata di samping menambahkan kecantikan seseorang.

Seperti rambut, bulu mata akan gugur setiap hari. Ia adalah perkara yang normal. Tidak ada yang pelik tentang itu. Ia juga bukan suatu penyakit. Bulu mata yang gugur akan tumbuh semula. Keadaan ini dinamakan madarosis.

Namun begitu jika keguguran bulu mata berkaitan dengan penyakit kronik yang lain, ia adalah sesuatu yang serius kerana bulu mata yang gugur mungkin tidak akan tumbuh semula.
Dalam keadaan itu, keguguran bulu mata amat ketara dengan jumlah yang amat banyak.

Madarosis pula berlaku setiap hari tanpa kita sedari. Apabila menggosok kelopak mata kita dengan kasar, bulu mata boleh gugur. Begitu juga jika seorang wanita itu cuba menanggalkan mekapnya terutama maskara.

Ramai yang tidak menyedari bahawa maskara yang mereka pakai pada bulu mata menyebabkan bulu mata menjadi berat dan mudah gugur.

Jangkitan kuman pada bulu mata juga menyebabkan bulu mata yang terlibat akan gugur.Stye atau dalam bahasa melayunya tembil, adalah jangkitan kuman pada kelenjar yang membekalkan minyak ke bulu mata. Apabila liang bulu mata ini tersumbat, maka kuman akan menjangkiti kelenjar ini menyebabkan bulu mata rosak dan gugur.

Jika ia menjadi teruk dan menjangkiti kelopak mata, ia akan menyebabkan radang. Radang pada kelopak mata juga disebut sebagai blepharitis. Ia juga menyebabkan keguguran bulu mata.
Jika keguguran bulu mata disertai dengan keguguran bulu roma atau rambut pada bahagian badan yang lain, kemungkinan pesakit mengalami penyakit Alopecia areata, iaitu penyakitautoimmune di mana rawatannya agak sukar. Ia memerlukan rawatan dari doktor pakarimmunologist.

Bagaimanakah caranya untuk mengurangkan keguguran bulu mata dan menggalakkannya agar tumbuh semula?
Saya cuba susunkan beberapa langkah yang boleh dipraktikkan.

Langkah 1
Jangan gunakan mekap tebal terutama mascara dan eyeliner jika sebelum ini wanita itu mengalami keguguran bulu mata apabila memakainya. Bagi wanita yang mempunyai kulit yang sensitif, penggunaan mekap begini akan menyebabkan bulu mata gugur. Carilahmaskara atau eyeliner yang lembut dan tidak menyebabkan alahan pada kelopak mata.

Langkah 2
Amalkan multivitamin setiap hari. Namun begitu multivitamin bukanlah suatu ‘ubat ajaib’ yang akan menumbuhkan semula bulu mata dalam beberapa hari. Multivitamin akan merangsangkan pertumbuhan bulu mata. Ia bukan rawatan segera untuk masalah keguguran bulu mata. Pastikan multivitamin yang diambil mengandungi omega 3 dan vitamin B kompleks.

Langkah 3
Stress juga akan menyebabkan banyak bulu mata gugur. Cuba luangkan sedikit masa untuk menenangkan diri bagi mengurangkan stress. Apabila kita dalam keadaan stress banyak hormon-hormon yang dikeluarkan dan akan menyebabkan lebih banyak bulu mata gugur.

Langkah 4
Gunakan pelembab dan sapukan pada bulu mata setiap hari bagi mengekalkan kecantikannya. Boleh gunakan minyak zaiton sebelum tidur. Sapukan sedikit pada bulu mata dan lapkan minyak yang berlebihan.

Langkah 5
Cara terakhir boleh menggunakan beberapa produk seperti Latisse atau Revitalash yang akan merangsangkan pertumbuhan bulu mata dengan cepat. Sungguh pun begitu, produk-produk ini harus disapukan seperti maskara setiap malam sebelum tidur untuk beberapa bulan. Gunakan produk-produk ini dengan istiqamah.

Jika masalah keguguran bulu mata ini sangat teruk, haruslah berjumpa doktor untuk melakukan ujian bagi memastikan keguguran bulu mata itu bukan disebabkan oleh masalah penyakit kronik.

Pemeriksaan darah akan membantu mengesan penyakit-penyakit itu. Namun jika rawatan untuk menggalakkan pertumbuhan bulumata agak lama, boleh gunakan bulu mata palsu untuk sementara.

Wallahu a’lam

Sumber : Blogger Doktor

8 comments:

Mia Liana said...

mungkin bagi stress kotttt.... tu yang bulu mata gugur...

nyanyisunyi said...

tak sangka juga bulu mata yg gugur terlalu bnyk sebab ada penyakit kronik ye...
sesekali bulu mata sy gugur juga tp cuma satu atau dua..

zaidah said...

ingatkan klu bulu mata gugur tu ada orang rindu kat kita...hihihi

khairul said...

atau kita dah semakin berusia ?

shark said...

stakat ni shark rs bulu mata shark masih lg ok..
x pnah lg gugur nie..
tp kne amik tau jugak.

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

kata ibu saya itu tandanya orang rindukan kita hehehe

Anonymous said...

Have you essential some money, pożyczka bez bik do 5000 however , really don’t have it right up until short term? That occurs pożyczki bez bik in order to enormous People around the world every single day. A specific thing arises so you need ciekawa witryna do obejrzenia some funds, your look at isn’t deposited yet. But only if pożyczki bez bik there is methods to kredyt chwilówka warszawa receive a new payday loan on-line, best?

Anonymous said...

pozyczka hipoteczna
pożyczka na dowód ge money bank
pożyczka bez bik
kredyty bez zaświadczeń bez bik
więcej
sprawdź stronę
kredyt bez bik bez bik