HALAMAN

Saturday, June 9, 2012

Pemain bass New Boyz berdepanhukuman mati jika didapati bersalah

zack new boys

Pemain bass kumpulan New Boyz berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu.
Tertuduh, Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.


Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.
Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Zack yang tinggal dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan hadir memakai baju-T berkolar kelabu dan jeans.

5 comments:

Kakzakie said...

Masya-Allah dah nak kena hukum gantung pun masih boleh senyum-senyum lagi... anak dah 2 pulak tu sedihnya...

Gen2Merah said...

sedih jika ajal berkahir dengan cara begini..

tunz said...

Kakzakie - tu la kak...simpati pd isteri dan ank2 dia...


Gen2merah - nauzubillah...

aimaniman said...

senyum cuma nak tutup rasa sedih dan pilu dlm hati je tu... rasa smua man ada naluri...

aimaniman said...

senyum cuma nak tutup rasa sedih dan pilu dlm hati je tu... rasa smua man ada naluri...