HALAMAN

Showing posts with label ARTIS. Show all posts
Showing posts with label ARTIS. Show all posts

Saturday, June 9, 2012

Pemain bass New Boyz berdepanhukuman mati jika didapati bersalah

zack new boys

Pemain bass kumpulan New Boyz berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu.
Tertuduh, Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.


Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.
Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Zack yang tinggal dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan hadir memakai baju-T berkolar kelabu dan jeans.

Wednesday, May 9, 2012

JOZAN

Thursday, May 3, 2012

BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA




Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi.


Innalillah. & al Fatihah untuk Arwah.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِي
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

http://www.mazidulakmal.com

ehsan : blog cikgu bada

Tuesday, May 1, 2012

Zizan diarah berehat

pix_gal0
Doktor sahkan Pengacara TV Lelaki Popular ABPBH2011 keletihan melampau

PENGACARA TV Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011), Razizan Razak di masukkan ke wad sejak Ahad lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana mengalami radang otot atau acute myositis yang menyebabkan tubuhnya lemah.
Ketika itu, Razizan atau Zizan sedang bersiap sedia untuk bertolak ke Ipoh bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengacara Melodi yang disiarkan secara langsung sempena Karnival Jom Heboh.
Di atas nasihat doktor, aktiviti seninya akan dihentikan buat masa ini dan bergantung kepada tahap kecergasan Zizan. - Marina Juki, Pengurus Zizan
Bagaimanapun, melihat kepada keadaannya yang kurang bermaya, Zizan dibawa menjalani ujian darah sebanyak dua kali dan doktor mengesahkan pengacara dan pelakon ini mengalami radang otot.

Susulan itu, dia diberikan protein, vitamin dan antibiotik bagi memulihkan tenaganya.

Pengurusnya, Marina Juki berkata, doktor yang merawat Zizan juga turut menasihat artis komedi ini berehat sementara waktu dari sebarang aktiviti seni sekurang-kurangnya selama dua minggu bagi memastikan keadaan tenaganya benar-benar pulih.
 

Monday, April 23, 2012

FOUZIAH GOUS NAFI TUNANG JUN 2012

Pelakon popular, Fouziah Ghous menafikan bakal bertunang dengan kekasih yang masih dirahsiakan identitinya itu pada bulan Jun depan.

Fouziah dalam laporan akhbar Kosmo pada Isnin berkata, dia tidak pernah merancang untuk bertunang seperti yang didakwa dalam masa terdekat ini.
"Saya sendiri tidak tahu bila akan bertunang. Orang yang beri kenyataan itu cukup hebat kerana lebih tahu tentang perkara yang saya sendiri belum tahu," katanya.
Pelakon itu berkata, dia terkilan apabila sebuah ruangan gosip mendakwa dia bakal bertunang tanpa menyiasat dahulu kebenaran mengenai perkara itu.
Ujar Fouziah, dia masih belum terfikir untuk berkahwin atau bertunang buat masa ini namun jika perkara itu terjadi dia sendiri akan hebahkan kepada media.
"Jika tidak pasti, sahkan dengan saya dahulu dan bukannya buat andaian bukan-bukan sebegini dan seterusnya mengelirukan semua pihak," katanya. -mstar.com.my

Monday, April 9, 2012

Fizz Fairuz memang layak menang

Assalamualaikum semua dalam banyak2 kategori ...mama memang suka n setuju sangat bila Fizz Fairuz diumumkan sbg Pelakon Drama Lelaki Popular..lakonan dia memang mantap ..x kira watak sbg seorang ustaz mahupun gangster....tahniah Fizz Fairuz!!!

Saturday, December 10, 2011

SABTU SEPI


P/S renung-renungkan dan selamat beramal...

Kenyataan Maya Karin Tentang Isu Adegan Ranjang Ombak Rindu Bersama Aaron Aziz



Isu Aksi Ranjang Maya Karin dan Aaron Aziz |  Kenyataan Maya Karin Tentang Isu Ranjang Ombak Rindu - Yang menimbulkan isu adalah kenyataan ini  “Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakon babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak berkenaan sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar”.Syukur Alhamdulillah itu yang menjadi kontroversi.


Kenyataan Maya Karin tentang isu adegan ranjang atas katil filem ombak rindu.
“Saya tahu tempat mana nak cakap (Alhamdulillah),” katanya yang memberi penjelasan berhubung kontroversi terbaru berkenaan dan tidak menyangka pandangannya mengenai adegan itu diputar-belit wartawan yang menemuinya.Saya cuma cakap gementar… saya terkejut… yang saya ingin lakukan itu (adegan ranjang) pun tak cakap,” 


Maya Karin memohon agar isu berkenaan tidak diperbesarkan bagi mengelak kontroversi berkenaan semakin berlarutan.


Sumber: Mynewshub.my