HALAMAN

Thursday, August 2, 2012

Cornflakes Chocolate

Bahan-bahan ( lebih kurang 100 cup )
1 kotak besar cornflakes(325gm)
1 sudu besar madu
...
5 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu besar gula
6 bar cooking chocolate/450gm
3 sudu besar peanut butter *optional
50gm cocoa butter
papercup secukupnya

Cara-cara
Panaskan mentega/marjerin dalam kuali hingga cair

Masukkan gula, madu dan peanut butter. Kacau sehingga gula larut. Selepas itu boleh lah dimasukkan cooking chocolate yang telah dipotong kecil2 supaya senang cair.

Bila kesemua bahan telah cair, masukkan cocoa butter, padamkan api dan kacau hingga cair dan masukkan cornflakes.Gaul hingga sebati.

Alihkan ke dalam bekas lain dan terus isikan kedalam papercup. Jika suka bolehlah tabur manik hiasan. *Cookies ni tak perlu dipanaskan dalam oven semula. Kalau dipanaskan chocolate yang membaluti cornflakes tu akan cair dan mendap ke bawah papercup. Ini akan menjadikan ia tak melekat antara satu sama lain.

Cubalah.. insyaALLAH sedap..
 
 

2 comments:

eqbalzack said...

hehe...favorite EZ masa raya... :)

tunz said...

wah...thn ni mama nak watlah...