HALAMAN

Saturday, August 11, 2012

PROGRAM KAMI PRIHATIN PANDU PUTERI

Assalamualaikum semua, kali ini sempena bulan Ramadhan, Persatuan Pandu Puteri Jasin bersama Persatuan Pandu Puteri Tunas SK Kesang Tua menganjurkan program Kami prihatin.

Kami telah menulis surat dan memaklumkan kepada semua warga sekolah yang ingin memberikan sumbangan berupa wang tunai dan juga barangan keperluan dapur seperti  beras, tepung, gula, minyak, susu dan sebagainya.

Pihak kami telah menerima banyak sumbangan daripada ibu bapa , guru, pekerja sekolah, Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada mereka yang sudi menyumbang.
 Segala subangan ini kami telah sama-sama hulurkan kepada 30 orang anak-anak yatim dan murid yg yang keluarganya kurang berkemampuan..Semoga dapat meringankan bebanan mereka menjelang hari yang mulia ini.











2 comments:

IMANSHAH said...

lama x tengok pandu puteri, maklumlah kami sekolah putera..hehe

Admin said...

semoga dipermudahkan segala urusan kak (:

Jangan diulang kecewa, kelak engkau terusan merana.