HALAMAN

Showing posts with label PANDU PUTERI. Show all posts
Showing posts with label PANDU PUTERI. Show all posts

Tuesday, December 16, 2014

Ciri-ciri Membina Keluarga Bahagia


salam semua..kali ni mama nak shre sedikit maklumat ..semua pun tahu tentang hal ini ..kebetulan mama mencari bahan-bahan buat anak2 murid pandu puteri tunas untuk fail log mereka..so bacalah untuk tambah ilmu dan renungan bersama ye...

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa merupakan guru terdekat yang harus menunjukkan teladan yang baik "role model". Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,” bagaimana acuan, begitulah kuihnya."
Di samping itu, ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka tidak terjebak dalam gejala negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak. Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi.
Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa tidak patut mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-
anak.
Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak harus menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, gengsterisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya.
Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa. Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga harus saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga harus sentiasa membantu dan bekerjasama.
Sebagai kesimpulan, semua ahli keluarga harus memainkan peranan dalam mewujudkan keluarga bahagia. Untuk membina sebuah keluarga bahagia, kasih sayang, toleransi dan nilai-nilai kekeluargaan harus diamalkan oleh setiap ahli keluarga.
mama tunz cari bahan untuk dia org ni la...

Sunday, December 7, 2014

LOGO PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

salam Pandu Puteri!


Untuk pengetahuan guru-guru Pandu Puteri, ahli-ahli Pandu Puteri dan juga sesiapa sahaja yang ingin menggunakan logo Pandu Puteri, sama ada untuk cetakan pada sijil, fail, cenderamata, t'shirt dan sebagainya pastikan anda menggunakan logo rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) seperti berikut:




Di dapati masih ramai yang menggunakan logo yang salah mungkin kerana reka bentuknya yang sama. Tambahan ramai dalam kalangan kita yang hanya merujuk Mr. Google tanpa merujuk kepada yang berautoriti dalam perkara ini. 


Penggunaan Logo Rasmi PPPM yang betul

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang PPPM, anda bolehlah berkunjung ke website rasmi mereka di PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. Kepada yang berminat anda boleh juga mendaftar secara online sebagai Sukarelawan dan juga Sahabat Pandu Puteri.

Website Rasmi PPPM

Wednesday, March 19, 2014

BERMULA...PANDU PUTERI 2014

MESYUARAT PENYELARASAN DAERAH JASIN
SEBELUM MENYERAHKAN JAWATAN SETIAUSAHA
PATCHWORK DI KG TAMBAK PAYA
HARI PERINGATAN KEBANGSAAN DI TMN MERDEKA, JOHOR BAHRU
AHLI MELAKA
TEAM MELAKA
PASUKAN MELAKA JUARA EXPLORACE 
PERINGATAN PERINGKAT NEGERI MELAKA



Friday, December 13, 2013

penghantaran kali kedua

Alhamdulillah..petang ni dapat mama tunz dan Pn. Samiah yg mewakili Persatuan Pandu Puteri Daerah Jasin menghantar sumbangan makanan kering dan pakaian kepada mangsa banjir di Pantai Timur. Ini adalah kali kedua kami menghantar barang sumbangan daripada warga sekolah.

Terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan.Hanya Allah yg dapat membalasnya.Amin...

Tuesday, December 3, 2013

Kursus Jurulatih

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..mama tunz telah menyertai kursus Jurulatih Pandu Puteri di Hotel Permaisuri Stadium Hang Jebat.
Banyak aktiviti dan maklumat yang diperolehi semasa berkursus..Jom layan
kenangan berkursus kali ini.

bersama guru pemimpin Pahang

bersama ketua pesuruhjaya cawanagan Melaka, Pn. Vijaya

Tuesday, November 20, 2012

BERITA KAMI....

Assalamualaikum semua, cuti2 ni masih lagi busy siapkan laporan.....apa boleh buat, semuanya perlu disiapkan . esok mama akan ke Residence Hotel, Uniten ..kursus jurulatih pandu puteri.....habis jumaat tu ada dinner pulak...Sabtu kena attend meeting bencana alam dgn Jabatan apa ntah di SK Belimbing Dalam...

25 nov nk terbang ke KK....Persidangan LINUS Antarabangsa....doakan semuanya selamat yer..

Kali ni mama nk kongsikan beberapa keratan akhbar tentang Pandu Puteri sekolah & daerah Jasin...

program semasa bulan Ramadhan- SINAR HARIAN

MELAKA HARI INI



BERITA HARIAN - 19 NOV. 2012
SINAR HARIAN - 14 NOV. 2012  

Tuesday, November 13, 2012

Kem Pandu Puteri Kebangsaan 2012



Assalamualaikum semua, hujung tahun ni agak busy..so sebelum masuk camp, mama kena setelkan semua keje di sekolah termasuk lah sppbs iaitu data pentaksiran secara online, dh di printkan dan dh masukkan ke dlm fail murid2..segala urusan sijil hari Q pun dh dibereskan sebelum keluar selama 6 hari .

Kali ini Melaka jadi tuan rumah, sejak 2 bulan lepas dh berkali2 we all meeting....so tau2 jer la kan...bagaimana perasaan bila dh tiba masanya nnti.. Pekhemah masuk mulai 1-5 Nov di kem Pengakap Tan Chay Yan Bukit Katil

Pekhemahan Pandu Puteri Kebangsaan kali ni disertai oleh semua negeri kecuali Kelantan..Mama ialah ketua ajk penginapan dan ajk pertolongan cemas..mmg x menang tgn..ada tu sampai jam 2.30 pagi ke unit kecemasan Hospital Melaka sbb ambil peserta yg sakit..Jom layan gambar2 ni yer...


berbasikal

dah mcm kedai bundle jer

untuk campfire
paintball
anak buah mama...wakil Pahang
mama jaga orang sakit
yh di tgh tu dh berusia 74 tahun tau
lipan ni dijumpai dlm dorm peserta..JPAM dpt bunuh
keringkan kasut selepas hujan
   

Saturday, August 11, 2012

PROGRAM KAMI PRIHATIN PANDU PUTERI

Assalamualaikum semua, kali ini sempena bulan Ramadhan, Persatuan Pandu Puteri Jasin bersama Persatuan Pandu Puteri Tunas SK Kesang Tua menganjurkan program Kami prihatin.

Kami telah menulis surat dan memaklumkan kepada semua warga sekolah yang ingin memberikan sumbangan berupa wang tunai dan juga barangan keperluan dapur seperti  beras, tepung, gula, minyak, susu dan sebagainya.

Pihak kami telah menerima banyak sumbangan daripada ibu bapa , guru, pekerja sekolah, Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada mereka yang sudi menyumbang.
 Segala subangan ini kami telah sama-sama hulurkan kepada 30 orang anak-anak yatim dan murid yg yang keluarganya kurang berkemampuan..Semoga dapat meringankan bebanan mereka menjelang hari yang mulia ini.











Saturday, April 7, 2012

....menjelang hujung minggu.....

Assalamualaikum semua..lama x jengah kawan2...hujung minggu ni berniat untk ke blog kwn2 malam nanti..semalam satu lagi tugasan dapat dilaksanakan.alhamdulillah..tayangan multimedia pon berjaya di tygkan..Ketua Pesuruhjaya Datin Hjh Zalillah suka...

mama juga dpt mengetuai bacaan lafaz ikrar dgn baik...satu lagi tugas menanti ..mama telah dipilih sebagai pesuruhjaya Bahagian Perhubungan Persatuan Pandu Puteri Cawangan Melaka..moga mama dapat jalankan amnah yang diberi dengan baik..

Hujung minggu ini juga ada Karnival Pendidikan Melaka di MITC...fail2 PBS anak2 murid mama dan juga fail mama telah dipilih sebagai contoh diletakkan di ruangan pameran unit peperiksaan JPN...nak kena pergi jugak ni..nak tgk fail sendiri meyh..hahah..

Khamis lepas mama terima berita sedih, cikgu Ramli (Guru Perpustakaan & media) SK Merlimau 1 yang mama kenal telah kembali ke rahmatullah...akibat sakit jantung..dia sakit dah lama...kpd pembaca blog ini mohon sedekahkan pahala bacaan Al fatihah anda..moga rohnya dicucuri rahmat....

pegawai unit peperiksaan mengambil fail2 PBS
leh cari di Karnival Pendidikan Melaka
welcome..Datin Hjh Zalilah , ketua pesuruhjaya

mesyuarat bermula..
penerangan tentang 'Mudballs'

Wednesday, March 28, 2012

camping

KURSUS KETUA PASUKAN PANDU PUTERI REMAJA & RENJER 
26-28 Mac 2012 
di KEM PENGAKAP TAN CHAY YAN,BUKIT KATIL,MELAKA.