HALAMAN

Tuesday, December 16, 2014

Ciri-ciri Membina Keluarga Bahagia


salam semua..kali ni mama nak shre sedikit maklumat ..semua pun tahu tentang hal ini ..kebetulan mama mencari bahan-bahan buat anak2 murid pandu puteri tunas untuk fail log mereka..so bacalah untuk tambah ilmu dan renungan bersama ye...

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa merupakan guru terdekat yang harus menunjukkan teladan yang baik "role model". Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,” bagaimana acuan, begitulah kuihnya."
Di samping itu, ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka tidak terjebak dalam gejala negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak. Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi.
Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa tidak patut mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-
anak.
Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak harus menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, gengsterisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya.
Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa. Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga harus saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga harus sentiasa membantu dan bekerjasama.
Sebagai kesimpulan, semua ahli keluarga harus memainkan peranan dalam mewujudkan keluarga bahagia. Untuk membina sebuah keluarga bahagia, kasih sayang, toleransi dan nilai-nilai kekeluargaan harus diamalkan oleh setiap ahli keluarga.
mama tunz cari bahan untuk dia org ni la...

No comments: